More

    Infinix Hot 30 antara carian Google paling popular di Malaysia pada April 2023

    Bulan berganti bulan dan Google telah mendedahkan laporan mengenai carian paling popular untuk April 2023. Carian paling popular ialah Earthquake near me yang mana semua orang berwaspada tentang gempa bumi berukuran 6.2 magnitud berhampiran Sumatera Utara. Ia pastinya menimbulkan kebimbangan jika gempa bumi tersebut akan berlaku di Malaysia juga.

    Sorotan lain termasuk carian Selamat Hari Raya 2023 bersama-sama dengan Gerhana Matahari Hibrid. Malaysia mengalami gerhana matahari separa pada 20 April iaitu fenomena jarang berlaku yang kali terakhir berlaku pada 2020. Untuk segmen teknologi, Infinix Hot 30 menjadi carian 5 teratas kerana untuk pelancarannya baru-baru ini.

    Kini, masyarakat lebih cakna tentang aktiviti penipuan dengan liputan yang tinggi untuk carian Planetrade investment / Planetrade holdings sdn bhd di mana kes ini melibatkan penipuan pelaburan Planetrade yang menyebabkan kerugian RM17.5 juta.

    Untuk segmen sukan, kita bermula dengan carian IPL 2023 (Cricket’s Indian Premier League) iaitu liga kriket yang kembali kepada format asalnya selepas 4 tahun ditukar. Selain itu, perlawanan bola sepak Chelsea vs Brighton, Liverpool vs Arsenal, Man City vs Liverpool dan Bayern vs Man City turut menjadi carian yang popular untuk bulan April.

    Adakah anda salah seorang penyumbang kepada jumlah untuk carian popular ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured