More

    iPhone 17 Pro akan dilengkapi sistem penyejukan “vapor chamber”

    Apple dilaporkan sedang merancang untuk menaik taraf sistem penyejukan dalam model iPhone 17 Pro dengan penambahan sistem vapor chamber iaitu satu teknologi penyejukan yang telah lama digunakan oleh kebanyakan telefon Android segmen andalan dan pertengahan.

    Langkah ini dilihat penting bagi menyokong keperluan tinggi seperti permainan mudah alih, tugasan AI dan rakaman video 4K/8K. Sistem vapor chamber menggunakan proses penyejatan dan pemeluwapan bendalir untuk menyebarkan haba dengan lebih efisien dari komponen utama ke rangka peranti.

    Ia jauh lebih efektif berbanding penggunaan helaian grafit dan penyebar haba tembaga yang digunakan dalam iPhone sedia ada. Naik taraf ini dijangka memberi perbezaan besar. Sebagai contoh, iPhone 16 Pro sebelum ini dilaporkan mengalami penurunan prestasi GPU sehingga 40% ketika beban kerja berterusan.

    Dengan iPhone 17 Pro bakal dilengkapi cip A19 Pro, sistem penyejukan yang lebih baik bukan sekadar satu kelebihan, malah dianggap satu keperluan. Tambahan, sistem vapor chamber ini dikatakan akan meliputi bukan sahaja cip pemproses sahaja tetapi termasuk memori, modem dan juga kamera belakang.

    iOS 19 dijangka menekankan lebih banyak ciri AI dalam peranti terutama untuk Siri dan sistem penyejukan yang stabil amat penting bagi mengekalkan prestasi yang konsisten. Namun, model bukan Pro bagi iPhone 17 dilaporkan masih akan mengekalkan sistem penyejukan lama, iaitu helaian grafit dan penyebar haba tembaga.

    Apple dijangka memperkenalkan peranti ini sekitar September 2025. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Majin Bu Official

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured