Baru-baru ini, kami telah memaklumkan mengenai Apple yang sudah membina kilang di India dan berhasrat untuk memasang komponen iPhone di negara tersebut. Apple kini sah sudah memulakan pemasangan iPhone di India.
India merupakan negara kedua terbesar dalam industri telefon pintar, jadi tidak hairanlah mengapa Apple memulakan operasi pengilangan di negara tersebut. Apple mengesahkan permulaan pemasangan iPhone 12 di India untuk pelanggan tempatan dalam sebuah kenyataaan semalam (Khamis).
Melalui laporan sumber, Apple juga sebenarnya dilapor berhasrat untuk memasang iPad di India. Namun, laporannya masih samar-samar.
Berdasarkan sumber, iPhone 12 buatan India adalah khas untuk pelanggan di India sahaja. Apa pun, kami tidak tahu jika iPhone 12 buatan India bakal dipasarkan juga ke pasaran di negara lain.
Kongsikan pandangan anda mengenai perkara ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Reuters






