More

    iPhone tahun ini gunakan material Face ID lebih murah, mungkinkah iPhone lebih murah?

    Lensa periskop atau telefoto bukanlah perkara baharu dalam industri telefon pintar kerana ia sudah mula digunakan. Namun, ia adalah teknologi yang masih boleh dinaik taraf dan diteroka. Terkini, iPhone seterusnya dilapor bakal hadir dengan lensa periskop dan material Face ID bakal diganti dengan bahan yang mempunyai kos lebih rendah.

    Menurut penganalisis Apple Ming Chi Kuo, terdapat ura-ura tentang rancangan Apple untuk membina lensa periskop. Untuk pengetahuan anda, lensa periskop berupaya untuk menaik taraf kemampuan zum dan resolusi gambar zum dengan lebih baik. Namun, Kuo percaya bahawa iPhone yang bakal hadir dengan lensa periskop mungkin iPhone pada tahun 2023, bukan iPhone tahun 2022 atau 2021.

    Untuk iPhone tahun 2021, Apple dilapor menggunakan pemancar Face ID yang diperbuat daripada plastik berbanding pemancar yang diperbuat daripada kaca. Pemancar plastik ini dilapor memiliki teknologi litupan yang dinaik taraf. Material plastik sememangnya lebih murah, tetapi kami tidak pasti jika Apple bakal mengurangkan kos pembuatan dan menurunkan harga iPhone.

    Anda boleh melihat ura-ura lepas mengenai iPhone 13 di pautan ini.

    Apakah pendapat anda mengenai laporan ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Macrumors

     

    Artikel Terkini

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured