More

    iQOO 11S akan dilancar pada 4 Julai 2023

    iQOO bakal melancarkan siri telefon pintar iQOO 11S pada 4 Julai 2023 di China. Perkara tersebut diumumkan melalui laman web rasminya bersama sebuah video pendek.

    iQOO 11S bakal menjadi telefon terbaru dalam siri telefon pintar iQOO 11, selepas iQOO melancarkan iQOO 11 dan iQOO 11 Pro pada akhir 2022. Video yang dikongsi turut menunjukkan rekaan luaran untuk telefon tersebut, di mana ia dilihat mempunyai tekstur kulit dan bonggol kamera petak yang sinonim dengan telefon iQOO dan vivo.

    Sungguh pun begitu, telefon ini tidak mempunyai garisan BMW Motorsport seperti model lain dalam siri iQOO 11.

    Spesifikasi telefon itu masih belum diketahui, namun ia dijangka bakal dilengkapi cipset Snapdragon 8+ Gen 2, skrin AMOLED E6 6.78 inci dengan resolusi FullHD+ dan kadar segar semula 120Hz, bateri 4,700mAh dan pengecasan pantas 200W.

    Kameranya terdiri daripada kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX866V, namun tiada maklumat lanjut mengenai kamera sampingan.

    Selain iQOO 11S, iQOO akan turut melancarkan sepasang fon telinga wayarles iQOO TWS 1. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Tech Outlook

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured