More

    iQOO 12 5G dilancar di Malaysia: Telefon pertama dengan Snapdragon 8 Gen 3 bermula RM3,399

    iQOO Malaysia telah melancarkan telefon pintar andalannya yang terbaru iaitu iQOO 12 5G. Ia merupakan model telefon pertama dilancar dalam Malaysia yang dilengkapi cipset tercanggih oleh Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 3.

    Dengan cipset tersebut, ia boleh memainkan pelbagai game dengan prestasi tertinggi untuk telefon generasi ini. Ia menawarkan peningkatan prestasi CPU sebanyak 30% dan peningkatan kecekapan tenaga sebanyak 20% berbanding generasi sebelumnya.

    Ia turut dilengkapi cip iQOO Supercomputing Q1 untuk meningkatkan lagi prestasi grafik, di mana kadar bingkai boleh dinaikkan sehingga 144fps dan resolusi boleh dinaikkan daripada 720p kepada 900p untuk kualiti imej yang lebih tajam.

    Di belakang, ia mempunyai rekaan kaca berkilauan berwarna putih. Seperti telefon-telefon iQOO sebelum ini, ia mempunyai logo BMW Motorsport yang menandakan kerjasama iQOO dengan syarikat automotif ternama Jerman itu. Sungguh pun begitu, hiasan BMW Motorsport dalam iQOO 12 5G adalah lebih kecil berbanding telefon iQOO sebelum ini yang selalunya mempunyai jalur yang sangat jelas.

    Satu lagi ciri menarik tentang telefon ini adalah pengecasan pantas 120W FlashCharge yang membenarkan telefon ini untuk dicas penuh dalam masa kurang daripada setengah jam. Perlu diingati bahawa ia tidak menyokong sebarang bentuk pengecasan wayarles.

    Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 50MP dan kamera telefoto periskop 64MP. Ia boleh melakukan zum optikal sehingga 3x dan zum digital sehingga 100x.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk iQOO 12 5G:

    • Skrin AMOLED 6.78 inci, resolusi 1260 x 2800, kadar segar semula 144Hz, kecerahan puncak 3,000 nits
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3
    • RAM 16GB, boleh dibesarkan secara maya sebanyak 16GB lagi
    • Storan dalaman 512GB
    • Kamera utama 50MP + kamera ultra-lebar 50MP + kamera telefoto periskop 64MP
    • Zum optikal 3x, zum digital 100x, boleh merakam video sehingga 8K 30fps
    • Kamera swafoto 16MP
    • Bateri 5,000mAh
    • Pengecasan pantas 120W
    • Sistem operasi Android 14 dengan antara muka Funtouch 14
    • Pembesar suara stereo
    • Pengimbas cap jari optikal dalam skrin
    • Pilihan warna hitam dan putih
    • Harga: RM3,399

    iQOO 12 5G boleh ditempah bermula hari ini melalui laman web rasmi iQOO E-Store, Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Pelanggan boleh menerima hadiah bernilai RM408 termasuklah perlindungan skrin selama setahun dan jaminan selama setahun.

    "
    "

    Jika anda inginkan harga yang lebih murah, anda boleh membeli iQOO 12 5G pada 12 Disember 2023 sempena kempen jualan 12.12. Ia akan dijual pada harga RM3,349 dan anda juga boleh menerima baucar diskaun 10%.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured