More

    Jam tangan pintar HUAWEI Watch 3 Series akan dilancar untuk pasaran Malaysia pada 25 Jun

    HUAWEI Malaysia bakal melancarkan siri jam tangan pintar terbaru, HUAWEI Watch 3 Series pada hari Jumaat, 25 Jun di mana mereka akan mengumumkan harga dan cara pembeliannya. Siri jam tangan ini terdiri daripada dua iaitu HUAWEI Watch 3 dan HUAWEI Watch 3 Pro, di mana kedua-duanya dilengkapi HarmonyOS yang terkini.

    Jam tangan ini menyokong 100 mod sukan dan dilengkapi sensor suhu, ukuran degupan jantung dan kejatuhan (fall detection). Ia turut menyokong panggilan eSIM, kawalan muzik, kawalan kamera dalam telefon, kawalan kereta pintar, kawalan kelengkapan rumah dan mempunyai hayat bateri yang boleh bertahan sehingga 14 hari.

    HUAWEI Watch 3 dilengkapi roda kawalan (rotating crown) yang boleh diputar dan ditekan untuk berinteraksi dengan pelbagai menu dalam jam tersebut. Ia turut dilengkapi skrin AMOLED berukuran 1.43 inci 60Hz dengan keterangan 1,000 nits dan ketumpatan piksel 326 piksel per inci.

    HUAWEI Watch 3 Pro pula menampilkan rekaan mirip jam tangan mewah, dengan tali yang dibuat daripada besi titanium serta permukaan belakang seramik. Baterinya lebih besar berbanding Watch 3 dan boleh tahan sehingga 21 hari.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk HUAWEI ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured