More

    Jam tangan pintar serupa macam Apple Watch Ultra Ripoff berharga ~RM212

    Jenama India Pebble merancang untuk mengeluarkan jam tangan pintar baharu yang agak serupa dengan Apple Watch Ultra baharu. Ia tidak lari dengan reka bentuk serupa diikuti dengan tali Ocean Band.

    Dengan harga hanya $48 (~RM212), Pebble Cosmos Engage jelas dibuat dengan bahan berkualiti rendah jika dibandingkan dengan Apple Watch Ultra. Jam tangan ini diiklankan mempunyai paparan LCD dengan kecerahan sehingga 600 nits manakala Apple Watch Ultra mempunyai paparan OLED dengan sehingga 2,000 nits kecerahan. 

    Walaupun ia tidak menggunakan watchOS, tetapi ia menawarkan susunan skrin dan ciri Apple Watch seperti pemantauan kadar denyutan jantung, bantuan suara dan panggilan Bluetooth.

    Sebelum ini, Pebble sudah menjual versi tiruan bagi Apple Watch standard dan jam tangan pintar generasi lain. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Macrumors

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured