More

    Jom datang ke Acer Day 2024 yang dianjurkan di seluruh Malaysia, dapatkan diskaun sehingga RM500!

    Bermula 1 Ogos 2024, Acer Malaysia akan menganjurkan acara Acer Day yang akan berlangsung selama lebih sebulan di pelbagai negeri. Dengan tema AI’m Limitless, Acer Malaysia mengajak para pelanggan untuk menghadiri mana-mana sambutan Acer Day dan cuba sendiri pelbagai kecanggihan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam produk-produknya serta dapatkan diskaun menarik.

    Dalam acara khas ini, Acer Malaysia menawarkan diskaun sehingga 95% untuk pelbagai produk, dengan harga bermula RM1.99 untuk tetikus Acer, RM3.99 untuk tikar tetikus (mousepad) yang dibuat daripada plastik PCR, dan diskaun RM3,600 untuk penyuci udara Acerpure Pro P3.

    Sambutan Acer Day di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur
    Pelbagai hadiah dan diskaun menanti

    Di samping itu, 50 pelanggan pertama yang beratur untuk Acer Day Flash Sale pada 3 Ogos 2024 di Plaza Low Yat akan berpeluang membeli sebuah Acerpure Pro P3 (bernilai RM5,599) pada harga RM1.

    Selain pelbagai komputer menarik, Acer Malaysia juga menawarkan hadiah bernilai RM650,000, termasuklah kredit Touch ‘n Go eWallet sehingga RM300, untuk para pelanggan yang membeli mana-mana produk Acer sewaktu Acer Day.

    Senarai lokasi Acer Day di seluruh negara

    Untuk para pelanggan yang lebih menggemari pembelian atas talian, Acer eStore menawarkan potongan harga sehingga RM500 dan akan berlangsung sehingga 30 September 2024. Acer eStore juga akan mengadakan jualan kilat pada setiap hari Isnin daripada 5 Ogos hingga 15 September 2024.

    Sempena Acer Day 2024 juga, Acer Malaysia memperkenalkan edisi khas untuk komputer riba Acer Aspire Lite 14. Komputer ini mempunyai skrin WQXGA IPS dengan resolusi 2.2k dan nisbah aspek 16:10, Microsoft Office Home dan jaminan selama dua tahun daripada Acer Malaysia. Harga pasarannya adalah RM2,599 namun ia akan dijual pada harga promosi RM2,399 sahaja sewaktu Acer Day. Pelanggan yang membelinya sewaktu Acer Day akan menerima kredit Touch n’ Go eWallet bernilai RM150.

    Potongan harga sehingga RM500 di Acer eStore
    Acer Aspire Lite 14 baharu

    Beritahu kami di Facebook jika anda akan menghadiri Acer Day dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured