fbpx
More

    Pelancaran Huawei nova 7 SE di Malaysia: Telefon 5G termurah dengan Kirin 820 berharga RM1,499

    Telefon pertengahan terbaru daripada Huawei, nova 7 SE bakal dijual dalam pasaran Malaysia pada Jumaat ini (19 Jun). Buat mereka yang tidak tahu, nova 7 SE adalah sebuah telefon bergaya untuk generasi terkini yang dilengkapi empat kamera 64MP, skrin besar 6.5 inci FullView, sokongan 5G dan pelbagai ciri-ciri canggih.

    Akan tetapi, apa yang sebenarnya anda boleh buat dengan telefon pintar ini? Apa kata anda tonton sebuah video oleh Pengurus Jenama Huawei Malaysia, Isabel Koh, untuk menerangkan bagaimana nova 7 SE boleh memeriahkan hidup anda.

    Dengan harga RM1,499, ia adalah telefon 5G termurah dalam pasaran sekarang. Ia dijual dengan tiga varian warna iaitu perak Space Silver, ungu Midsummer Purple dan hijau Crush Green. Daripada segi spesifikasi, ia dilengkapi cipset Kirin 820, RAM 8GB, storan 128GB, bateri 4,000mAh dan pengecasan pantas 40W.

    Daripada segi kamera, ia terdiri daripada kamera utama 64MP, kamera ultralebar 8MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP, manakala kamera hadapan pula adalah kamera 16MP. Ia datang dengan ciri khas seperti Super Night Selfie, zum 20x dan Dual-View Video yang boleh merakam melalui kamera belakang dan hadapan secara serentak.

    Selain itu jika anda membelinya pada 19 Jun, anda akan membawa pulang pelbagai hadiah percuma bernilai RM1,256 yang merangkumi Huawei Band 4, akses tiga bulan untuk Huawei Video, akses enam bulan untuk Huawei Book, storan awanan Huawei Cloud 15GB selama setahun dan banyak lagi. Anda juga berpeluang untuk memenangi sebuah Proton X70 dalam cabutan bertuah di Huawei AppGallery.

    Huawei nova 7 SE boleh dibeli di Huawei Online Store atau Huawei Experience Stores (HES) berdekatan anda. Beritahu kami di Facebook jika anda merancang untuk memiliki telefon bergaya ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Dapatkan TV QLED 75 inci Samsung dengan diskaun 50% dan banyak lagi promosi sempena...

    Dalam masa dua hari lagi, Samsung Malaysia akan mengadakan promosi Super Brand Day di Lazada. Untuk mereka yang tidak mengetahuinya, ini adalah...

    Google Pixel 8a dilancar: Cipset Tensor G3, paparan 120Hz bermula ~RM2,368

    Hari ini, Google secara rasmi telah melancarkan telefon pintar Pixel 8a yang akan mula dijual di Amerika Syarikat pada 14 Mei 2024. Google...

    Tivoli Audio dilancar di Malaysia: Barisan pembesar suara premium bermula RM1,099

    Pada hari ini, jenama produk audio premium Tivoli Audio melancarkan rangkaian produk audionya yang pertama untuk pasaran Malaysia, terdiri daripada 13 jenis...

    Maxis perkenalkan pas perayauan Arab Saudi khas untuk musim Haji

    Hari ini, Maxis memperkenalkan Saudi Premium Data Pass iaitu pas perayauan tawaran masa terhad yang direka khas untuk pelanggan Maxis yang bakal...

    Watch Fit 3 rasmi di Malaysia dengan skrin AMOLED 1.82″, hayat bateri sehingga 10...

    Selain daripada pengumuman MateBook X Pro, HUAWEI turut melancarkan jam tangan pintar terbaharu Watch Fit 3 untuk pasaran Malaysia. Ia menampilkan badan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X