More

    JPJ: Penggunaan MyDigital ID sebagai log masuk tunggal MyJPJ ditangguh ke 1 Mac 2026

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan pelaksanaan penggunaan MyDigital ID sebagai kaedah log masuk tunggal ke aplikasi MyJPJ bagi warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas ditangguhkan ke 1 Mac 2026.

    JPJ menjelaskan bahawa pengguna masih boleh menggunakan kaedah log masuk sedia ada dalam aplikasi MyJPJ sehingga tarikh tersebut. Sebelum ini, JPJ mengumumkan MyDigital ID akan menggantikan penggunaan kata laluan sedia ada bermula 1 Februari 2026.

    Pelaksanaannya melibatkan pengguna berumur 18 tahun ke atas. Bagi pengguna di bawah umur 18 tahun serta pemegang kad MyPR, kaedah log masuk sedia ada masih boleh digunakan melalui pautan khas yang disediakan.

    Dengan penangguhan ini, pengguna MyJPJ yang belum mendaftar MyDigital ID diberikan tempoh tambahan untuk berbuat demikian sebelum tarikh kuat kuasa baharu. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Pengecasan EV kini lebih “autopilot” dengan lengan robot baharu Xiaomi

    Xiaomi Auto memperlihatkan teknologi baharu dikenali sebagai lengan robot pengecas yang direka untuk mengautomasikan proses pengecasan kenderaan elektrik (EV) di rumah. Produk...

    Waze akhirnya tambah ciri lampu isyarat dalam navigasi – Dilancar secara berperingkat

    Waze dilaporkan mula melancarkan ciri baharu yang memaparkan lokasi lampu isyarat secara terus pada paparan navigasi aplikasi tersebut. Ciri tersebut sebelum ini...

    Insta360 saman balas DJI, dakwa langgar 5 paten teknologi kamera dan penstabilan

    Pertikaian paten antara DJI dan Insta360 kini masuk fasa baharu apabila Insta360 memfailkan saman balas di Amerika Syarikat terhadap pengeluar dron dan...

    U Mobile mempertingkatkan pengalaman kejohanan bola sepak terbesar melalui penstriman percuma di RTMKlik!

    Demam bola sepak global semakin dirasai apabila kejohanan paling berprestij dunia sudah membuka tirainya pagi tadi. Bagi memastikan rakyat Malaysia tidak terlepas...

    ShopeePay Travel eSIM diperkenal — Ini cara beli dan aktifkan pelan data terus dari...

    ShopeePay kini memperkenalkan ciri Travel eSIM di dalam aplikasi mereka yang membolehkan pengguna kekal berhubung ketika melancong ke luar negara tanpa perlu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...