More

    Jualan Pertengahan Tahun OPPO: Hadiah percuma, waranti tambahan dan telefon pintar serendah RM479

    OPPO Malaysia mengumumkan Jualan Pertengahan Tahun bermula dari sekarang hingga 30 Jun 2023 membawa pengurangan harga dan hadiah percuma yang menarik. OPPO juga telah melanjutkan promosi semasa untuk A98 5G. Pelanggan yang membeli OPPO A98 5G layak menerima hadiah bernilai sehingga RM218 termasuk True Wireless Earbuds dan waranti 1+1 tahun.

    Berikut merupakan harga promosi bagi produk OPPO terpilih:

    ProdukHarga RRPHarga Promo
    OPPO Reno8 5G (12+256GB)RM2,399RM2,199
    OPPO Reno8 TRM1,799RM1,599
    OPPO A17RM599RM549
    OPPO A17kRM499RM479

    OPPO A98 5G hadir dengan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan SUPERVOOC dan mempunyai paparan kadar penyegaran semula 120Hz untuk menjamin tontonan yang lebih lancar.

    Pelanggan boleh membeli produk OPPO di semua My OPPO Space, Kedai Jenama OPPO, Kedai Dalam Talian Rasmi OPPO, Kedai Dalam Talian Sah OPPO, Rakan Kongsi Kedai Rangkaian dan rakan kongsi E-dagang seperti Shopee dan Lazada.

    Anda boleh rujuk pada ulasan kami di sini sekiranya anda berminat untuk memilik PPPO A98 5G. Ketahui lebih lanjut mengenai promosi dan OPPO A98 5G di laman web rasmi OPPO Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...