fbpx
More

    Ulasan OPPO A98 5G – Luaran mempesona dengan kilauan premium

    OPPO baru-baru ini telah melancarkan telefon pintar A98 5G secara rasmi di Malaysia dan telefon ini termasuk dalam kategori segmen pertengahan dalam siri A OPPO. Peranti ini padat dengan ciri yang diingini seperti paparan FHD+ yang besar, kamera AI 64MP dan storan 256GB.

    Sebelum itu, unit yang kami terima untuk diulas adalah berwarna Dreamy Blue dan saya merasakan ianya lebih cantik berbanding pilihan warna kedua iaitu Cool Black. Bahagian belakangnya mempunyai pelbagai campuran warna yang kelihatan premium. Tetapi berkenaan warna dan beberapa ciri utama lain bakal saya kupas di bawah. Jom kita baca ulasan tentang OPPO A98 5G!

    Rekaan – Premium dan ringan

    Secara jujur, untuk pandangan pertama telefon ini, saya membayangkan ianya mengambil konsep yang digunakan pada reka bentuk OPPO Reno8 T 5G. Kemasan bahagian belakangnya sangat memukau kerana penukaran warna akibat biasan cahaya. Pada saya, telefon ini seperti telefon standard untuk segmen pertengahan tetapi mempunyai kelebihan daripada segi reka bentuk.

    Hal ini kerana bukan sahaja kemasan yang dinilai tetapi bahan buatan serta reka bentuk yang nampak solid dan premium. Walaupun dagu skrinnya agak tebal (biasalah telefon segmen pertengahan), tetapi saya nampak kesungguhan OPPO untuk menghasilkan telefon yang mesra bajet tetapi masih menawarkan reka bentuk yang menarik.

    Kilauan premium

    Yang menariknya untuk disebutkan tentang bahagian belakangnya adalah walaupun berkilau tetapi ia dalam kemasan matte. Bak kata orang putih just nice saja kilauannya dan anda boleh melihat beberapa gabungan warna antara biru, jingga, kuning dan putih yang menjadikannya seperti mutiara.

    Kemasan matte tersebut tidak meninggalkan sebarang kesan cap jari menjadikan peranti ini nampak lebih kemas dan mudah dipegang. Dengan ukuran skrin 6.72 inci, ia cukup selesa dan terletak pada telapak tangan anda ketika menggunakannya. Bonggol kameranya yang berbentuk bujur agak tebal menempatkan dua cincin kamera yang terdiri daripada kamera AI 64MP, mikro 40x, kamera kedalaman 2MP dan satu flash LED.

    Bonggol kamera belakang

    Walaupun begitu, bonggol kameranya kelihatan sesuai dengan kemasan dan reka bentuk peranti. Bahagian sekelilingnya mempunyai rangka aluminium dan seperti biasa, butang kuasa di bahagian sisi kanan mempunyai pengimbas cap jari serta butang kawalan audio di sisi kiri manakala di bahagian bawah menempatkan satu pembesar suara, port USB-C dan slot kad dwi-SIM.

    Pakej yang anda akan dapat jika membelinya

    Untuk maklumat pembungkusan, anda akan mendapat kotak OPPO A98 5G yang menyediakan sarung silikon, dokumen waranti, pin SIM, palam pengecas SUPERVOOC 67W dan kabel USB-A ke USB-C. Secara kesuluruhan, rekaan OPPO A98 5G nampak premium dan antara yang tercantik di dalam kelasnya.

    Spesifikasi – Standard telefon segmen pertengahan

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk OPPO A98 5G:

    • Skrin AMOLED FHD+ 6.72 inci, segar semula 120Hz, pensampelan sentuh 240Hz
    • Cipset Snapdragon 695 5G
    • RAM LPDDR4X 8GB
    • Storan dalaman 256GB
    • Kamera utama AI 64MP + 2MP + 2MP, zum Microlens sehingga 40x
    • Kamera swafoto 32MP
    • Bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas SuperVOOC 67W
    • Sistem operasi ColorOS 13.1 berdasarkan Android 13
    • Pengimbas cap jari pada bahagian sisi, pengimbas muka
    • Bicu audio 3.5mm
    • Ukuran 165.6 x 76.1 x 8.20 mm
    • Berat 192 g
    • Warna Dreamy Blue and Cool Black

    OPPO A98 5G menggunakan Qualcomm Snapdragon 695 5G dan ia bukanlah cipset terpantas dalam segmennya. Terdapat peranti lain yang berharga bawah RM1,399 yang menawarkan prestasi yang jauh lebih baik. Walau bagaimanapun, bukan setiap pengguna mengidamkan untuk bermain game sepanjang masa atau mahu menjalankan tugas yang berat pada peranti mereka.

    Bagi pelanggan yang ingin menggunakan telefon mereka untuk tugas biasa seperti bertukar antara media sosial atau menggunakan aplikasi produktiviti, A98 5G tidak akan mengecewakan anda. Telefon ini mencatatkan nombor penanda aras yang baik yang memberikan kredibiliti kepada peranti untuk kegunaan harian.

    Bahagian hadapan OPPO A98 5G

    Peranti ini hadir dengan bezel yang agak nipis dengan panel OLED 6.7 inci serta lubang tebuk berpusat. Selain itu, skrinnya menyokong kadar penyegaran dengan pilihan 60Hz atau 120Hz untuk navigasi antara muka yang lancar sepanjang penggunaan. Ia juga memberikan tahap kecerahan 950 nits tetapi sayangnya tiada HDR pada skrin.

    Daripada segi persediaan kamera, A98 5G menampilkan persediaan tiga kamera di bahagian belakang yang terdiri daripada kamera utama AI 64MP, sensor kedalaman 2MP dan mikro 2MP dengan zum sehingga 40x. Untuk swafoto, peranti ini mempunyai kamera menghadap hadapan 32MP yang terletak pada lubang tebuk berpusat.

    Bahagian belakang OPPO A98 5G

    Menarik tentang kamera, anda boleh menggunakan kameranya sebagai mikroskop dengan zum makro sehingga 40x. Ciri ini agak keterlaluan untuk digunakan semasa tugasan harian, tetapi sekurangnya-kurangnya OPPO menawarkan sesuatu yang luar biasa dan seronok untuk diteroka menggunakan kameranya.

    Walaupun telefon ini menawarkan RAM 8GB dan storan 256GB, secara peribadi saya dapati ia cukup memandangkan hanya aplikasi biasa yang saya gunakan. Tambahan, anda juga perlu menyedari bahawa telefon segmen pertengahan dan spesifikasi sebegini akan menghasilkan kuasa yang agak terhad tetapi yang paling penting adalah lancar untuk kegunaan harian.

    OPPO A98 5G hadir dengan sistem operasi ColorOS 13.1 berdasarkan Android 13. Antara muka OPPO kali ini semakin mesra pengguna tetapi masih mempunyai masalah bloatware (seperti biasa). Alangkah bagusnya jika OPPO tidak menyertakan sebarang aplikasi pra-pasang pada telefon. Secara keseluruhan, pengalaman menggunakan antara muka ColorOS 13.1 adalah sangat lancar dan puas hati.

    Palam dan kabel pengecasan disertakan

    Baterinya berkapsiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas SuperVOOC 67W memberikan sekitar enam hingga tujuh jam masa skrin hidup ketika bermain game dan purata penggunaan yang lebih sederhana boleh bertahan selama lebih daripada satu hari. Tambahan, terdapat palam pengecas SuperVOOC 67W di dalam kotak yang mengambil masa 44 minit untuk mengecas telefon sepenuhnya.

    Kelantangan sampai 200%!

    Untuk audio, telefon ini menawarkan fungsi pembesar suara stereo yang menjadi sangat kuat, malah dilengkapi dengan ciri rangsangan yang boleh meningkatkan kelantangan sehingga 200 peratus.

    Prestasi – Skrin lancar, cukup untuk kegunaan harian

    Seterusnya, saya ingin mengulas tentang prestasi OPPO A98 5G. Berikut adalah hasil penanda aras yang telah diperoleh daripada ujian yang dijalankan:

    Seperti yang saya katakan sebentar tadi, anda tidak boleh menjangkakan bahawa prestasinya sehebat telefon andalan memandangkan bahawa ianya adalah telefon segmen andalan dan telefon segmen ini biasanya bersaing daripada segi harga dan beberapa spesifikasi yang menarik terutama bahagian kosmetik, kamera dan cipset.

    Walaupun begitu, telefon ini boleh memainkan game popular seperti Mobile Legends dan PUBG Mobile dengan tetapan grafik yang bersesuaian. Tetapan grafik yang lebih tinggi boleh digunakan tetapi saya mengesyorkan anda untuk menggunakan tetapan rendah atau sederhana sahaja untuk menjaga kadar bingkai agar stabil.

    Mengikut pengalaman saya menggunakannya ketika bermain game, saya tidak merasakan haba yang terlampau panas pada bahagian belakang telefon untuk 20 minit pertama. Selepas itu, anda akan merasakan kepanasan tetapi tidak menjejaskan pretasi game atau ketidakselesaan ketika anda memegang telefon.

    Ciri HyperBoost yang menarik

    Sesi gaming memberikan pengalaman yang menarik dan lancar ditambah pula dengan skrin yang mempunyai kadar segar semula 120Hz. Secara keseluruhan, ia boleh memainkan game dengan lancar tetapi perlu menetapkan grafik yang sesuai.

    Daripada segi fotografi pula, OPPO A98 5G menawarkan kamera utama AI 64MP, kedalaman 2MP dan zum makro sehingga 40X. Namun, kualiti gambar yang diambil pada waktu malam masih terdapat noise yang jelas terutamanya apabila dizum. Kamera makro A98 5G berada pada tahap yang berbeza.

    Dengan zum pembesaran sehingga 40 kali ganda, kamera Mikro ini menawarkan perincian butiran yang luar biasa apabila meneroka dunia mikroskopik melampaui pandangan mata kasar. Saya boleh meneroka dan merasai perspektif baharu dengan melihat secara mikro disebalik objek harian.

    Saya boleh mengambil gambar makro pada jarak 0.4mm dan ia menghasilkan imej yang sangat jelas. Mod makro ini secara automatik memberikan potongan gambar dalam bentuk bulat. Telefon ini juga dilengkapi dengan ciri lain yang seperti Mod Potret, Perapian Potret AI, Swafoto HDR, Potret Warna AI dan banyak lagi yang bakal membantu menghasilkan imej yang menakjubkan dan berkualiti tinggi dalam pelbagai situasi.

    Mod malam ada noise sikit
    Gambar daripada kamera swafoto
    Antara ciri kamera yang menarik

    Kesimpulan – Sesuai kepada yang mementingkan kosmetik

    Dengan harga RM1,399, OPPO A98 5G dijual dengan harga yang sangat kompetitif untuk telefon segmen pertengahan. Kelebihan telefon ini termasuklah skrin 120Hz, hayat bateri yang tahan lama, kamera mikroskop yang unik serta antara muka yang mudah digunakan menjadikan telefon ini peranti yang sesuai untuk kebanyakan orang.

    OPPO A98 5G direka untuk telefon pintar 5G mesra bajet yang mendapat set ciri dan fungsi yang cukup menarik. Secara keseluruhan, peranti ini adalah tawaran yang menarik jika anda pengguna yang tidak mementingkan kualiti kamera.

    Anda juga boleh membandingkan harga tersebut dengan realme 10 Pro untuk resolusi kamera yang lebih tinggi iaitu 108MP ProLight berharga RM1,299 atau anda juga boleh membandingkannya dengan POCO X5 Pro 5G yang berharga RM1,499 untuk cipset Snapdragon 778G.

    Beritahu kami di Facebook jika ulasan ini membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kerjasama PETRONAS, CelcomDigi bakal transformasi tekno-digital 5G untuk sektor tenaga

    PETRONAS dan CelcomDigi bekerjasama melalui satu Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memacu usaha transformasi digital dan kemampanan untuk industri tenaga dengan memanfaatkan kuasa...

    TSMC bakal hasilkan cip dengan proses 1.6nm menjelang 2026

    TSMC mengumumkan proses pembuatan 1.6nm untuk cip dan ia juga termasuk rangkaian penghantaran kuasa yang meningkatkan kecekapan kuasa dan ketumpatan transistor dengan...

    Kejohanan MLBB Infinix GT 20 Pro tawar hadiah sehingga RM10,000, acara bakal diadakan pada...

    Sempena pelancaran Infinix GT 20 Pro pada 2 Mei ini, Infinix Malaysia akan menganjurkan Kejohanan MLBB Infinix GT 20 Pro iaitu sebuah...

    Samsung Galaxy Unpacked kedua dijadualkan pada 10 Julai 2024

    Acara Samsung Galaxy Unpacked yang akan datang dijadualkan pada 10 Julai 2024 di Paris, bertepatan dengan penganjuran City of Love Sukan Olimpik...

    Malaysia negara kedua paling ketagih gajet di Asia pada 2024, luang masa 8 jam...

    Agensi kajian pemasaran antarabangsa Electronics Hub telah menerbitkan senarai untuk negara yang paling banyak menggunakan gajet dalam masa sehari secara purata (average...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X