More

    Jualan Super 8.8 HUAWEI: WATCH FIT Edisi Khas berharga RM279 sehingga 7 Ogos ini

    HUAWEI WATCH FIT Edisi Khas hadir dengan reka bentuk futuristik dengan binaan ringan dan merupakan aksesori mudah untuk gaya hidup bertenaga tinggi. Sempena jualan super 8.8, pelanggan boleh membuat pra-pesanan HUAWEI WATCH FIT Edisi Khas bermula hari ini hingga 7 Ogos 2023 pada harga serendah RM279 (RRP: RM399) secara eksklusif di kedai HUAWEI Official di Shopee dan Lazada.

    HUAWEI WATCH FIT edisi khas menampilkan paparan AMOLED 1.64 inci dengan nisbah skrin ke badan 70%. Ia mempunyai teknologi pemantauan tidur HUAWEI TruSleep 3.0 terkini, menjejaki pergerakan badan, kadar denyutan jantung, HRV (kebolehubahan kadar denyutan jantung) dan data fisiologi lain untuk menyediakan analisis tidur yang mendalam kepada pengguna. 

    Ia hadir dengan lebih 10,000 muka jam untuk dipilih, memberi kebebasan kepada pengguna untuk bereksperimen dengan gaya yang berbeza. Ia menyokong 11 mod sukan profesional dan 85 mod sukan percuma. Berbanding dengan edisi sebelum ini, HUAWEI WATCH FIT Edisi Khas turut menambah mod baharu seperti bola sepak, bola keranjang dan e-sukan sambil memaparkan masa, degupan jantung, kalori dan analisis latihan.

    HUAWEI WATCH FIT Edisi Khas juga mempunyai algoritma TruSport HUAWEI sendiri, bertindak sebagai jurulatih peribadi berasaskan sains untuk pengguna. Ia boleh mendapatkan data larian yang komprehensif seperti rentak, kadar denyutan jantung dan jarak larian. Ia secara bijak boleh menilai indeks kuasa larian pengguna, beban latihan, pengambilan oksigen maksimum, tekanan latihan aerobik atau anaerobik dan masa pemulihan.

    Jam tangan pintar ini boleh didapati dalam warna Starry Black, Nebula Pink dan Forest Green. Dengan setiap pembelian HUAWEI Watch Fit SE, anda boleh mendapat jaminan lanjutan setahun lagi dengan potongan 40% semasa Karnival Perkhidmatan HUAWEI mulai 8 Ogos 2023 dan seterusnya. Pengguna boleh melawati HUAWEI Experience Store , Pusat Perkhidmatan Sah HUAWEI atau laman web rasmi HUAWEI untuk mendapatkan maklumat lanjut.

    Untuk maklumat lanjut atau kemas kini terkini, sila lawati laman web rasmi HUAWEI, halaman Facebook atau Instagram. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured