More

    Kapasiti bateri Xiaomi boleh kekal pada 80% walaupun selepas 800 kali dicas dengan kadar 200W

    Pada bulan lalu, Xiaomi telah memperkenalkan teknologi pengecasan pantas terbaru iaitu Xiaomi HyperCharge yang boleh mengecas peranti dengan kadar 200W. Dengan teknologi tersebut, syarikat China itu mengatakan bateri 4,000mAh boleh dicas penuh sepantas lapan minit sahaja.

    Walau bagaimanapun, ini juga telah menimbulkan tanda tanya oleh para pengguna yang risau jika kadar pengecasan yang sangat tinggi itu akan menjejaskan kapasiti bateri dalam jangka masa panjang.

    Bagi menjawab isu tersebut, Xiaomi telah mengeluarkan kenyataan dalam media sosial Weibo di mana mereka mengatakan bateri yang menyokong teknologi tersebut boleh mengekalkan kapasiti sehingga 80% walaupun selepas ia dicas dengan kadar 200W sebanyak 800 kali.

    Ini adalah jauh lebih tinggi berbanding standard yang ditetapkan oleh kerajaan China di mana bateri perlu mengekalkan kapasiti sekurang-kurangnya 60% selepas pengecasan sebanyak 400 kali.

    Menurut Xiaomi, jika bateri sesebuah telefon itu pada asalnya adalah 4,000mAh, pengecasan selepas 800 kali akan mengurangkannya kepada 3,200mAh sahaja dan ia masih cukup untuk penggunaan penuh selama sehari.

    Beberapa media juga mengatakan pengekalan bateri Xiaomi ini adalah lebih bagus daripada teknologi pengecasan pantas oleh OPPO, di mana bateri masih kekal pada 80% walaupun selepas pengecasan sebanyak 800 kali, namun dengan kadar lebih rendah iaitu 125W sahaja.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave CN

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured