Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi di rantau Asia Pasifik (APAC). Kaspersky menyahut cabaran serangan berasaskan AI yang bergerak lebih pantas daripada keupayaan pasukan keselamatan untuk mengesan dan bertindak.
Mereka mengesan dan menyekat 500,000 fail berbahaya unik setiap hari pada tahun lalu iaitu peningkatan sebanyak 7% berbanding tahun 2024. Lebih 15,000 sampel perisian tegar (malware) yang menyamar sebagai perisian agentic AI turut dikenalpasti pada tahun ini. Laporan daripada bahagian Kaspersky Compromise Assessment menunjukkan bahawa 31% daripada insiden yang dianalisis menyaksikan aktiviti godam berlaku selama lebih tiga bulan tanpa disedari.
Sebanyak 52% pencerobohan berperingkat tinggi hanya ditemui selepas 90 hari manakala insiden terlama yang ditemui kekal tidak terkesan sehingga empat tahun. Isu ini menunjukkan bahawa pelaburan teknologi semata-mata tidak mampu menampung kekurangan dalam aspek pemantauan berterusan dan kesediaan operasi.
Dalam perkembangan berkaitan, pasukan Kaspersky GReAT mengesan perkaitan teknikal antara serangan rangkaian bekalan pada pustaka JavaScript Axios dengan kumpulan penggodam BlueNoroff. Pustaka Axios yang mencatatkan lebih 100 juta muat turun mingguan di npm telah diceroboh pada Mac 2026 melalui akaun penyelenggara utama untuk menyebarkan kebergantungan tersembunyi plain-crypto-js.
Kod tersebut memuat turun Remote Access Trojan rentas platform yang menyasar sistem macOS, Windows dan Linux. Pasukan penyelidik mengesan persamaan corak teknikal dengan kempen GhostCall dan GhostHire yang menyasar sektor mata wang kripto dan Web3. Bagi menangani ancaman berasaskan AI dan jurang pengawasan, Kaspersky menawarkan pendekatan HuMachine Intelligence yang menggabungkan model Pembelajaran Mesin (ML) dengan kepakaran manusia.
Penyelesaian ini disatukan menerusi barisan produk Kaspersky Next yang dilengkapi model AI Generatif untuk menukar data mentah kepada maklumat intelijen berstruktur secara masa nyata. Perkhidmatan pengurusan keselamatan juga tersedia seperti Kaspersky Compromise Assessment, Managed Detection and Response (MDR), Incident Response serta khidmat nasihat SOC Consulting untuk membangunkan dan memperkemas operasi pusat keselamatan masing-masing.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







