More

    Kempen “Explore the Beauty of Sabah” dilancar bersama realme GT 8 Pro!

    realme Malaysia bekerjasama dengan Lembaga Pelancongan Sabah untuk mempromosikan keindahan negeri itu menerusi kempen “realme Explore the Beauty of Sabah”. Menerusi kerjasama ini, realme dilantik sebagai rakan rasmi imej bagi inisiatif tersebut selari pelancaran telefon baharu realme GT 8 Pro.

    Kempen ini menghimpunkan beberapa pempengaruh dan jurugambar terpilih ke Sabah untuk sesi penggambaran selama tiga hari dua malam. Semua kandungan dihasilkan sepenuhnya menggunakan realme GT 8 Pro yang memfokuskan keunikan alam semula jadi, budaya masyarakat serta lokasi pelancongan utama Sabah.

    realme GT 8 Pro hadir dengan sistem fotografi RICOH GR, sensor 200MP Sony IMX dan mod warna khas seperti Positive, Negative dan Hi-Contrast Black & White untuk hasil foto lebih sinematik. Peranti ini juga ditawarkan dengan promosi tempahan dari 11 hingga 28 November termasuk hadiah bernilai sehingga RM1,197 di kedai rasmi realme.

    Kerjasama ini diharap dapat meningkatkan pelancong domestik dan antarabangsa ke Sabah, selain memaparkan potensi negeri itu melalui sudut pandang fotografi GT 8 Pro. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk melancong ke Sabah dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...