More

    Kerajaan India luluskan Apple, Samsung dan jenama lain hasilkan telefon ‘Made in India’

    Hampir kebanyakan barang termasuklah telefon pintar dibuat di China, tetapi pernahkah anda membayangkan perkara ini akan berubah? Baru-baru ini, 16 syarikat telah mendapat kelulusan rasmi dari kerajaan India untuk memulakan penghasilan barangan elektronik. Di antara 16 syarikat tersebut, Apple dan Samsung adalah tidak terkecuali.

    Perkara ini adalah pelan insentif (PLI) untuk menaik taraf eksport dalam tempoh lima tahun. Bukan sahaja Apple dan Samsung, jenama lain seperti OPPO, vivo, realme dan OnePlus juga dikatakan terlibat dalam menghasilkan barangan elektronik di India.

    Selain jenama dari China, terdapat juga jenama tempatan dari India yang mengambil bahagian dalam penghasilan barangan elektronik ‘Made in India’ ini.

    Untuk pengetahuan anda, (PLI) atau Production-Linked Incentive ialah pelan untuk memantapkan sektor pengeluaran dan penghasilan di India. Pelan ini menjangkakan jumlah eksport sebanyak 60% dan syarikat yang terlibat bakal meraih 4%-6% hasil jualan dalam tempoh lima tahun.

    Adakah anda bersedia untuk melihat telefon pintar Made in India? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Terdahulu, kami pernah memaklumkan mengenai iPhone 12 ‘Made in India’ bakal hadir pada pertengahan tahun 2021.

    Sumber: techradar

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured