More

    Kerajaan nafi kewujudan laman web untuk permohonan dan semak kelayakan PerantiSiswa

    Ramai pelajar di Malaysia kini pasti sedang menanti peranti percuma daripada inisiatif PerantiSiswa bagi memudahkan pembelajaran mereka. Walau bagaimanapun, anda perlu berwaspada terhadap sebarang laman web palsu yang mengambil kesempatan di atas inisiatif ini.

    Terbaru, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) telah menafikan kesahihan sebuah laman web untuk semak kelayakan dan permohonan PerantiSiswa. Laman web tersebut adalah https://www.sistemguruonline.my/2022/04/permohonan-laptop-tablet-1.htm.

    Ketua Setiausaha K-KOMM, Datuk Seri Mohammad Mentek, berkata laman web tersebut adalah laman web persendirian dan bukannya saluran rasmi daripada kerajaan. Beliau mengingatkan bahawa laman web rasmi PerantiSiswa hanya akan beroperasi mulai 15 April 2022.

    Beliau turut menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap maklumat yang tular di media sosial dan buat semakan menyeluruh menggunakan sumber rasmi untuk maklumat yang tepat.

    Sebelum ini, menteri K-KOMM  Tan Sri Annuar Musa telah berkongsi rupa peranti yang akan diterima daripada program PerantiSiswa. Ia disahkan bakal mempunyai skrin 10 inci dan RAM 4GB.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured