More

    Kerjasama Maybank Islamic, TM tawarkan pakej ‘Go Niaga’ dengan rangkaian 5G

    Maybank Islamic dan TM melakukan kerjasama strategik melalui Perbankan sebagai Perkhidmatan (BaaS) yang pertama yang digerakkan oleh 5G. Perkhidmatan ini direka untuk pengguna dan usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang menggabungkan perkhidmatan kewangan oleh Maybank Islamic dengan pakej mudah alih Uni5G TM.

    Pakej perkhidmatan perbankan perniagaan mudah alih pertama ‘Go Niaga’ ini ditawarkan kepada usahawan tempatan dan PMKS bagi membantu mereka menguruskan kewangan, meningkatkan pendapatan dan menawarkan pilihan pembayaran digital yang didayakan oleh rangkaian digital yang selamat daripada TM.

    Bagi membantu perniagaan tempatan menyelaras operasi mereka, pakej Go Niaga menawarkan:

    1. Deposit minimum serendah RM100 untuk membuka akaun SME First Account-i
    2. Kemudahan pembayaran melalui Maybank QRPay Biz dan Tap2Phone
    3. Kemudahan Kredit termasuk Pembiayaan Digital SME Maybank Islamic: Program Aspirasi Wanita
    4. Pelan mudah alih Uni5G Postpaid Biz 39, Uni5G Postpaid Biz 55 dan Uni5G Postpaid Biz 89 dipakejkan dengan peranti mudah alih 5G percuma
    5. Rebat tunai pada bil Unifi Mobile apabila pelanggan mendaftar dan mengaktifkan untuk kemudahan pembayaran peniaga Maybank Tap2Phone dan pakej Uni5G Postpaid Biz.

    Fasa permulaan akan tersedia dari 21 Februari sehingga 1 Mei 2024. Pelanggan boleh melawat ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi), cawangan Maybank dan Unifi Stores untuk mengetahui lebih lanjut atau layari https://maybank.my/goniaga dan http://biz.unifi.com.my/goniaga.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...