More

    Khas untuk pembaca TechNave: Dapatkan OPPO Band percuma apabila anda beli OPPO A98 5G!

    OPPO Malaysia telah pun melancarkan telefon pintar kelas permulaan terbaru, OPPO A98 5G, yang akan dijual bermula 19 Mei 2023 pada tanda harga RM1,399.

    Para pelanggan awal yang membeli telefon ini akan menerima pelbagai hadiah bernilai RM218, seperti fon telinga wayarles TWS dan jaminan perlindungan 1+1 tahun. Di samping itu, anda juga akan menerima baucar khas untuk pembelian di Baskin Robbins, Zus Coffee dan Secret Recipe. Semua baucar ini boleh didapatkan daripada aplikasi My OPPO App.

    Khas buat para pembaca TechNave pula, di samping menerima semua hadiah di atas apabila anda membeli OPPO A98 5G, anda juga akan menerima seutas OPPO Band (bernilai RM159) secara percuma. Anda hanya perlu gunakan kod promosi AUntukSemua di My OPPO Space dan OPPO Brand Store sewaktu membuat pembayaran.

    Promosi ini akan berlangsung sehingga 31 Mei 2023, atau sementara stok masih ada. Jika anda berminat untuk membeli telefon ini, jangan lupa untuk baca ulasan kami tentangnya.

    Layari laman web OPPO Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai OPPO A98 5G. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...