More

    Kini siri realme 9 5G pula akan dilancar pada 10 Mac 2022

    Pada minggu lalu, realme Malaysia telah melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan realme 9 Pro. Kini, realme akan melancarkan peranti seterusnya dalam jenama realme Number Series iaitu siri realme 9 5G.

    Siri telefon ini terdiri daripada realme 9 5G dan realme 9 5G SE, manakala tarikh pelancarannya pula adalah 10 Mac 2022 di India. realme telah berkongsi sebuah poster yang menunjukkan rekaan telefon tersebut, di mana bonggol kameranya adalah sangat berbeza berbanding realme 9 Pro.

    Bonggol kameranya kini mempunyai empat lensa dengan saiz yang sama. Selain itu, terdapat juga sebuah butang kuasa di bahagian sisi yang turut berfungsi sebagai pengimbas cap jari.

    Daripada segi spesifikasi, siri telefon ini akan dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 778G dan MediaTek Dimensity 810. Untuk skrin, realme 9 5G SE bakal dilengkapi kadar segar semula 144Hz, di mana realme mengatakan adalah kadar terpantas untuk telefon dalam kategori ini.

    Setakat ini masih tiada maklumat tentang pelancarannya di Malaysia. Jika anda berminat untuk memiliki realme 9 Pro sekarang, jangan lupa untuk tonton video kami terlebih dahulu untuk mengetahui sama ada ia sesuai untuk anda.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri realme 9 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: realme

     

    Artikel Terkini

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    EU KIDS Act diperkenal untuk lindungi kanak-kanak bawah 15 tahun

    Suruhanjaya Eropah telah mengumumkan cadangan rasmi bagi rang undang-undang EU KIDS Act yang bertujuan mempertingkatkan keselamatan kanak-kanak dalam talian di seluruh Kesatuan...

    Penuntut Monash menang James Dyson Award 2026 Malaysia menerusi peranti ZeMor

    Pelajar tahun akhir kejuruteraan dari Monash University Malaysia, Hayley Nea Iaduray, diumumkan sebagai Pemenang Kebangsaan James Dyson Award 2026 menerusi ciptaan peranti...

    Samsung Galaxy A08 dilancar dengan bateri 6,000mAh dan kemas kemas kini OS 6 tahun

    Samsung melancarkan telefon pintar kelas asas baharu iaitu Samsung Galaxy A08 secara senyap untuk pasaran global. Peranti ini memfokuskan kepada ketahanan penggunaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured