More

    KKD: Kabinet akan memutuskan hala tuju pelaksanaan rangkaian 5G Malaysia

    Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil mengumumkan bahawa Kabinet akan memutuskan hala tuju pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia tidak lama lagi. Beliau juga mendedahkan pertemuan dengan Kementerian Kewangan pada Isnin, 12 Disember 2022 bagi membincangkan pelaksanaan projek rangkaian 5G oleh Digital Nasional Bhd (DNB).

    Ini berikutan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan lepas bahawa semakan semula pelancaran 5G DNB akan dilakukan kerana kekurangan ketelusan. Oleh itu, Fahmi menegaskan perkara itu penting untuk tidak dilengahkan dan diselesaikan segera.

    Dengan ini, perusahaan kecil dan seluruh rakyat Malaysia boleh menggunakan infrastruktur 5G untuk membantu meningkatkan aktiviti perniagaan dan kehidupan seharian. 

    Mengakui perkara itu tidak dapat diselesaikan serta-merta, Fahmi yakin isu 5G perlu diselesaikan sebelum memulakan rangkaian 6G yang menurutnya terlalu cepat untuk Malaysia. Kini, DNB menyatakan komitmennya ingin mempercepatkan jadual untuk melaksanakan liputan 5G kepada 80 peratus kawasan kediaman menjelang 2024.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured