More

    KKD: Sarawak terima RM4.46 bilion untuk tingkatkan liputan internet

    Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil (KKD) berkata Sarawak telah menerima peruntukan sebanyak RM4.46 bilion di bawah projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) untuk meningkatkan liputan dan perkhidmatan internet di negeri tersebut.

    Beliau berkata jumlah itu merupakan peruntukan tertinggi di bawah program JENDELA, terdiri daripada RM2.93 bilion daripada pihak kerajaan dan RM1.53 bilion daripada pihak komersial dan syarikat penyedia perkhidmatan.

    Sejak program JENDELA dilancarkan pada Ogos 2020, 864 buah menara telekomunikasi 4G sudah dirancang untuk Sarawak dan setakat suku kedua 2023, 213 buah menara telah mula beroperasi manakala baki 651 menara akan beroperasi secara berperingkat sehingga suku ketiga 2024.

    Pada masa yang sama, 3,689 daripada 3,735 stesen pemancar sedia ada telah dinaik taraf manakala bakinya akan siap dinaik taraf menjelang suku keempat 2023.

    Daripada segi liputan komunikasi mudah alih, liputan 4G sudah mencapai 87.52 peratus di kawasan berpenduduk, manakala untuk rangkaian 5G pula, 322 daripada 578 tapak 5G yang dirancang telah disiapkan dalam Sarawak.

    Negeri tersebut telah menyaksikan pengembangan rangkaian 4G yang cepat sejak tahun lalu, di mana ia mencapai liputan 82 peratus pada hujung 2022. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured