More

    Kompilasi pelancaran telefon di Malaysia pada November 2024: “Flagship” baharu dah sampai!

    Dengan 2024 yang akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi, syarikat-syarikat telefon sudah pun mula melancarkan model telefon pintar andalan (flagship) di Malaysia yang menampilkan cipset dan spesifikasi generasi baharu. Trend ini dimulakan oleh realme GT 7 Pro, kemudian diikuti oleh telefon lain seperti siri vivo X200 dan OPPO Find X8.

    Telefon-telefon andalan ini akan dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite atau MediaTek Dimensity 9400 yang menjana prestasi tertinggi untuk telefon Android sepanjang 2025. Sungguh pun begitu, bulan November juga menyaksikan beberapa telefon mampu milik yang dilancar untuk pasaran Malaysia. Ayuh imbas semula telefon yang dilancar pada bulan lalu dan lihat sama ada ia menarik minat anda:

    HONOR X9c dan HONOR X7c

    • Tarikh pelancaran: 5 November
    • Harga bermula: RM699 (HONOR X7c), RM1,499 (HONOR X9c 5G)
    • Kategori: Pertengahan
    • Artikel pelancaran HONOR X9c 5G, HONOR X7c

    POCO C75

    • Tarikh pelancaran: 10 November
    • Harga bermula: RM499
    • Kategori: Mampu milik
    • Artikel pelancaran

    Nothing Phone (2a) Plus Community Edition

    • Tarikh pelancaran: 16 November
    • Harga bermula: RM1,999
    • Kategori: Pertengahan
    • Artikel pelancaran

    Samsung Galaxy A16 5G

    • Tarikh pelancaran: 16 November
    • Harga bermula: RM899
    • Kategori: Mampu milik
    • Artikel pelancaran

    realme GT 7 Pro

    • Tarikh pelancaran: 18 November
    • Harga bermula: RM3,699
    • Kategori: Andalan
    • Artikel pelancaran

    Siri vivo X200

    • Tarikh pelancaran: 19 November
    • Harga bermula: RM3,599 (vivo X200), RM4,699 (vivo X200 Pro)
    • Kategori: Andalan
    • Artikel pelancaran

    Siri OPPO Find X8

    • Tarikh pelancaran: 21 November
    • Harga bermula: RM3,699 (OPPO Find X8), RM4,999 (OPPO Find X8 Pro)
    • Kategori: Andalan
    • Artikel pelancaran

    Tecno Spark 30 5G

    • Tarikh pelancaran: 26 November
    • Harga bermula: RM549
    • Kategori: Mampu milik
    • Artikel pelancaran

    realme Note 60

    • Tarikh pelancaran: 28 November
    • Harga bermula: RM399
    • Kategori: Mampu milik
    • Artikel pelancaran

    nubia Z70 Ultra

    • Tarikh pelancaran: 29 November
    • Harga bermula: RM3,899
    • Kategori: Andalan
    • Artikel pelancaran

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana telefon di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured