More

    Kompilasi pelancaran telefon pintar di Malaysia pada Februari & Mac 2024: Semakin banyak “mid-range”

    Pada bulan Februari lalu, tidak banyak telefon baharu yang dilancarkan kerana sambutan Tahun Baru Cina di seluruh dunia yang memperlahankan kitaran pelancaran produk baharu, terutamanya di China. Sebaik sahaja sambutan itu berakhir, pasaran telefon pintar antarabangsa dan Malaysia menyaksikan puluhan produk baharu yang dilancar merentas pelbagai kategori harga.

    Xiaomi dan HONOR memperkenalkan telefon andalan (flagship) mereka untuk tahun ini dengan siri Xiaomi 14 dan Magic6 Pro, manakala satu kejutan baharu dalam pasaran telefon kelas pertengahan pula adalah Nothing Phone (2a) iaitu telefon pertengahan pertama daripada Nothing.

    Untuk melihat kembali senarai produk yang dilancar pada dua bulan lalu, kami mengumpulkannya dalam senarai ini bagi memudahkan anda memilih peranti yang paling sesuai mengikut keperluan anda.

    Siri TECNO Spark 20

    • Tarikh pelancaran: 17 Februari 2024
    • Harga bermula: RM399 (Spark 20C), RM699 (Spark 20 Pro)
    • Kategori: Mampu milik
    • Artikel pelancaran

    Siri Infinix HOT 40

    • Tarikh pelancaran: 19 Februari 2024
    • Harga bermula: RM549 (HOT 40i), RM699 (HOT 40 Pro)
    • Kategori: Mampu milik
    • Artikel pelancaran

    vivo Y100 5G

    • Tarikh pelancaran: 28 Februari 2024
    • Harga bermula: RM1,199
    • Kategori: Pertengahan
    • Artikel pelancaran

    Siri realme 12 Pro+ 5G

    • Tarikh pelancaran: 29 Februari 2024
    • Harga bermula: RM1,499 (realme 12+), RM1,599 (realme 12 Pro+)
    • Kategori: Pertengahan
    • Artikel pelancaran

    Nothing Phone (2a)

    • Tarikh pelancaran: 5 Mac 2024
    • Harga bermula: RM1,699
    • Kategori: Pertengahan
    • Artikel pelancaran

    Siri Xiaomi 14

    • Tarikh pelancaran: 7 Mac 2024
    • Harga bermula: RM3,499 (Xiaomi 14), RM5,199 (Xiaomi 14 Ultra)
    • Kategori: Andalan (flagship)
    • Artikel pelancaran

    Siri vivo V30

    • Tarikh pelancaran: 13 Mac 2024
    • Harga bermula: RM1,999 (vivo V30), RM2,599 (vivo V30 Pro)
    • Kategori: Pertengahan
    • Artikel pelancaran

    Redmi A3

    • Tarikh pelancaran: 13 Mac 2024
    • Harga bermula: RM429
    • Kategori: Mampu milik
    • Artikel pelancaran

    OPPO Reno11 F 5G

    • Tarikh pelancaran: 15 Mac 2024
    • Harga bermula: RM1,399
    • Kategori: Pertengahan
    • Artikel pelancaran

    Siri Infinix NOTE 40

    • Tarikh pelancaran: 18 Mac 2024
    • Harga bermula: RM898 (Note 40), RM1,098 (Note 40 Pro 5G)
    • Kategori: Pertengahan
    • Artikel pelancaran

    HONOR Magic6 Pro

    • Tarikh pelancaran: 20 Mac 2024
    • Harga bermula: RM4,499
    • Kategori: Andalan
    • Artikel pelancaran

    Samsung Galaxy A35 5G dan Galaxy A55 5G

    • Tarikh pelancaran: 22 Mac 2024
    • Harga bermula: RM1,699 (Galaxy A35), RM1,999 (Galaxy A55)
    • Kategori: Pertengahan
    • Artikel pelancaran

    realme 12 5G

    • Tarikh pelancaran: 25 Mac 2024
    • Harga bermula: RM1,099
    • Kategori: Pertengahan
    • Artikel pelancaran

    Siri HUAWEI nova 12

    • Tarikh pelancaran: 25 Mac 2024
    • Harga bermula: RM1,299 (nova 12i), RM1,499 (nova 12 SE), RM1,999 (nova 12s)
    • Kategori: Pertengahan
    • Artikel pelancaran

    Beritahu kami telefon yang manakah menarik minat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured