More

    Kos pembaikian Apple Watch Ultra tanpa pelan AppleCare+ berharga ~RM2,244

    Berdasarkan laman web Apple, pembaikian Apple Watch Ultra berharga $499 (~RM2,244) tanpa pelan AppleCare+ di Amerika Syarikat. Bayaran ini dikenakan untuk kerosakan pada sarung titanium, paparan, butang, penderia atau komponen lain. Gantian bateri pula dikenakan bayaran sebanyak $99 (~RM445) walaupun dengan perlindungan AppleCare+.

    Sebagai perbandingan, bayaran pembaikian untuk Apple Watch Series 8 adalah antara $299 (~RM1,344) hingga $399 (~RM1,794) tanpa pelan AppleCare+ manakala gantian bateri berharga $79 (~RM355). Yuran pembaikian untuk Apple Watch SE generasi kedua pula antara $199 (~RM894) hingga $229 (~RM1,029).

    AppleCare+ untuk Apple Watch Ultra tersedia dengan harga $99 (~RM445) atau $4.99 (~RM22) sebulan termasuk insiden tanpa had perlindungan kerosakan tidak sengaja dan setiap insiden tertakluk kepada bayaran perkhidmatan $79 (~RM355). Pelan AppleCare+ boleh menjimatkan kos pembaikian sekiranya pengguna tidak sengaja merosakkan Apple Watch Ultra mereka.

    Apple Watch Ultra menampilkan reka bentuk lasak dengan sarung titanium 49mm, paparan besar dengan penutup kristal nilam rata, tali baharu yang direka untuk aktiviti luar, kalis air sehingga kedalaman 100 meter, butang “Tindakan” (Action)oren terang yang boleh disesuaikan dan banyak lagi. 

    Apple Watch Ultra berharga RM3,799Pra-tempah telah pun bermula dan peranti akan mula dijual pada 23 September 2022. Beri pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured