More

    Kumpulan Anonymous Malaysia mahir IT, tahap pendidikan hingga ijazah sarjana

    Baru-baru ini, pihak polis telah memberkas 11 orang suspek yang didakwa sebagai ahli kumpulan penggodam Anonymous Malaysia. Terkini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob mendedahkan beberapa maklumat mengenai suspek termasuklah tahap pendidikannya.

    Menurut beliau, 11 suspek yang telah ditahan ini mempunyai latar belakang pendidikan teknologi maklumat (IT). Majoriti daripada mereka memiliki tahap pendidikan sehingga ijazah sarjana.

    Beliau turut memungkinkan bahawa tindakan kumpulan untuk menggodam adalah mahu menunjukkan kemahiran mereka, menceroboh maklumat dan pengaruh rakan. Siasatan masih dijalankan, tetapi tiada tangkapan baru dan kesemua suspek yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis.

    Terdahulu, suspek ditahan dan direman untuk siasatan mengikut Seksyen 4, Akta Jenayah Komputer 1997.

    Apakah pendapat anda mengenai kumpulan ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Sinar Harian

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured