fbpx
More

    Laporan: Aduan paling banyak di Malaysia adalah gangguan internet, liputan 4G/LTE teruk

    Baru-baru ini, Forum Pengguna Komunikasi & Multimedia Malaysia (CFM) telah memuat naik siaran akhbar berupa laporan tahun 2019. Laporan ini memaparkan tentang jenis aduan yang telah dibuat oleh pengguna pada keseluruhan tahun 2019. Menurut CFM, aduan paling banyak oleh rakyat Malaysia adalah mengenai gangguan perkhidmatan dan luputan 4G/LTE yang lemah.

    Laporan ini ialah laporan tahunan untuk keseluruhan tahun 2019. Terdapat beberapa kategori aduan yang telah diasingkan. Anda boleh melihat aduan paling banyak bagi kategori jenis servis adalah aduan servis selular dan jalur lebar berkelajuan tinggi. Dalam servis selular, terdapat beberapa sub kategori, tetapi yang paling banyak diadu adalah mengenai gangguan perkhidmatan dan liputan 4G/LTE yang lemah.

    Melihat kepada kategori pembekal perkhidmatan, pembekal telekomunikasi yang paling banyak menerima aduan selular adalah U Mobile. Anda juga boleh melihat TM sebagai salah satu syarikat telko yang menerima banyak aduan dalam kategori jalur lebar.

    Sebagai informasi menarik, langganan perkhidmatan selular pada tahun 2019 di Malaysia adalah 44.6 juta, disusuli dengan langganan perkhidmatan jalur lebar sebanyak 43.4 juta.

    Kami dapat menjangkakan bahawa lebih banyak aduan dibuat pada tahun 2020 memandangkan rakyat Malaysia pernah mengalami episod Perintah Kawalan Pergerakan pada bulan Mac yang lalu. Kongsikan pandangan anda mengenai berita ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: CFM

     

    Artikel Terkini

    Redmi Note 13R dilancar: SD 4 Gen 2 dan skrin 120Hz bermula ~RM907

    Selepas mengeluarkan Redmi Note 13R Pro tahun lepas, anak syarikat Xiaomi kini melancarkan varian standard peranti tersebut iaitu Redmi Note 13R di...

    Samsung sindir iklan Apple iPad Pro 2024 dengan video “Uncrush”

    Apple telah melancarkan iPad Pro 2024 baharunya dengan cip M4. Walau bagaimanapun, kemunculannya telah mencipta kontroversi dengan iklan Crush!. Iklan itu mungkin...

    Samsung Galaxy Z Fold6 muncul dalam Geekbench dengan Snapdragon 8 Gen 3, RAM 12GB

    Peranti boleh lipat Samsung Galaxy generasi seterusnya akan dikeluarkan pada 10 Julai dan kini, salah satu telefon pintar dalam barisan tersebut telah...

    Twitter secara rasmi telah tamat, beralih kepada domain X.com

    Landskap media sosial telah mengalami perubahan ketara dengan peralihan lengkap Twitter kepada X. Ini berikutan langkah besar yang dimulakan oleh pengambilalihan Elon...

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X