More

    Lebih 2 juta data gaji penjawat awam digodam, penggodam beri amaran untuk jual

    Sekumpulan penggodam yang menggelarkan diri mereka dengan nama “topi kelabu” mendakwa telah menceroboh sistem ePenyata Gaji (ePaySlip) penjawat awam untuk menunjukkan bahawa terdapat kelemahan dalam sistem.

    Menerusi kenyataan yang dihantar melalui e-mel kepada media sebelum diterbitkan oleh saluran berita Sin Chew Daily, penggodam juga mendakwa mereka boleh mengakses lebih satu juta identiti melalui pangkalan data yang boleh diakses melalui JavaScript Object Notation (JSON) dan nilai dipisahkan koma (CSV) .

    Antara maklumat yang boleh dicapai termasuk nama penuh, nombor pengenalan, jawatan kerja, gaji, nombor slip gaji, nombor telefon bimbit dan alamat e-mel. Mereka boleh mengeluarkan hampir dua juta slip gaji dan borang cukai dalam format PDF berjumlah 188.75 gigabait.

    Menurut laporan Sin Chew Daily, beberapa tangkapan skrin slip gaji menteri dan ahli politik turut disertakan termasuk Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bekas speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof.

    Penggodam itu juga mendakwa telah berhubung dengan kerajaan melalui e-mel yang dihantar kepada beberapa pegawai termasuk Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, ketua pengarah jabatan keselamatan kerajaan Rahimi Ismail serta Jabatan Audit Negara.

    Penggodam juga menyebut bahawa kerajaan diberi tempoh sehingga 12 September untuk bertindak balas terhadap pendedahan kelemahan ePaySlip tetapi tidak berjaya. Susulan itu, kumpulan tersebut merancang untuk menjual data yang diekstrak daripada pangkalan data ePaySlip di beberapa pasaran pangkalan data terbuka mulai 19 September.

    Sementara itu, Ketua Polis KLIA Asisten Komisioner Imran Abd Rahman berkata laporan polis berhubung perkara itu telah diterima daripada Jabatan Audit Negara dan siasatan sedang dijalankan. Jabatan itu mengesyaki kumpulan tersebut membuat percubaan pencerobohan terhadap sistem melibatkan ePaySlip penjawat awam.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: NST

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured