More

    Lee Chong Wei paparkan OPPO Find X2 Pro Lamborghini Edition yang baru sahaja dilancarkan

    Lagenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei telah berkongsi beberapa gambar telefon pintar flagship edisi khas OPPO Find X2 Pro Lamborghini Edition di Facebook beliau. Ini mungkin membuatkan bekas pemain badminton kebangsaan itu antara orang Malaysia pertama yang memiliki peranti eksklusif tersebut.

    OPPO Find X2 Pro Lamborghini Edition baru sahaja dilancarkan di India dan merupakan Find X2 Pro yang mempunyai rekaan diinspirasikan daripada supercar Lamborghini Aventador SVJ Roadster. Selain telefon itu, semua aksesori dan kotaknya turut mempunyai hiasan yang berdasarkan unsur-unsur kereta tersebut.

    Jeng jeng jenggg! Still in joy with my sexy new toy! OPPO Find X2 Pro Lamborghini Edition 😍 I'm such a boy when it comes to tech and gadgets. 有新玩具了,今晚好好研究一下 OPPO

    Posted by Lee Chong Wei 李宗伟 on Jumaat, 10 Julai 2020

    Daripada segi spesifikasi teknikal, ia adalah sama sahaja dengan Find X2 Pro biasa termasuk skrin AMOLED 6.78 inci, cipset Snapdragon 865, bateri 4,260mAh, pengecasan SuperVOOC 65W, tiga kamera dan banyak lagi. Telefon edisi khas ini telah dilancarkan di China pada Mac lalu dengan tanda harga CNY12,999 (~RM7,919).

    Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya dalam pasaran Malaysia, namun kita boleh menjangkakan maklumat tentangnya tidak lama lagi. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Lee Chong Wei Facebook

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...