More

    Lenovo Legion 2 Pro akan dilengkapi kamera swafoto 2 kali lebih jelas berbanding telefon sebelum ini

    Telefon pintar gaming Lenovo Legion 2 Pro bakal dilancar pada 8 April ini dan Lenovo telah pun mengesahkan beberapa spesifikasi untuk telefon itu termasuklah kapasiti bateri dan kadar pengecasan. Kini Lenovo mengesahkan satu lagi ciri penting dalam telefon itu iaitu kamera swafoto pop-up 44MP yang berada pada bahagian sisi.

    Kamera swafoto pop-up di sisi adalah ciri unik yang terdapat pada Lenovo Legion Phone Duel tahun lepas, jadi tidak mengejutkan jika Legion 2 Pro meneruskan ciri ini. Walau bagaimanapun, Legion 2 Pro mempunyai kamera swafoto yang dua kali ganda lebih jelas iaitu kamera 44MP yang lebih tinggi berbanding kamera 20MP dalam telefon tahun lepas.

    Sistem penyejukan (kiri) dan kamera swafoto 44MP (kanan)

    Kamera swafoto ini bertujuan untuk memudahkan penyiaran langsung (live streaming) sewaktu pengguna bermain game dalam mod skrin landskap. Lenovo turut berkongsi spesifikasi untuk kamera utama iaitu kamera 64MP dengan sensor OV64A berukuran 1/1.32 inci yang menyokong rakaman 4K pada kadar 120fps dan rakaman 8K pada kadar 30fps.

    Selain itu, Legion 2 Pro juga bakal dilengkapi sistem penyejukan yang dilengkapi dua kipas, skrin AMOLED E4 Full HD+ berukuran 6.92 inci dengan kadar segar semula 144Hz dan kadar bacaan sentuhan 720Hz serta cipset andalan Snapdragon 888. Spesifikasi ini telah dikongsi oleh Lenovo dalam bentuk poster yang dimuat naik dalam laman media sosial Weibo.

    Skrin 144Hz (kiri) dan cipset Snapdragon 888 (kanan)

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Legion 2 Pro dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured