More

    Liputan 4G meliputi 88% kawasan berpenduduk di Sabah

    Liputan rangkaian 4G di kawasan berpenduduk di Sabah telah meningkat kepada 88.06 peratus setakat suku ketiga 2022 berbanding 73.41 peratus liputan yang dicatatkan sebelum pelaksanaan pelan Rangkaian Digital Nasional (Jendela) pada suku kedua 2020, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

    Beliau berkata bagi mengembangkan perkhidmatan jalur lebar berkualiti di kawasan luar bandar Sabah, kerajaan telah mempercepatkan penyediaan perkhidmatan jalur lebar melalui teknologi satelit yang pada asalnya dirancang untuk dilaksanakan pada 2023. Ia telah dilaksanakan di semua 138 lokasi di Sabah.

    Rancangan yang sebenarnya akan dilaksanakan di bawah Fasa 2 JENDELA (2023 -2025) telah berjaya disegerakan dan disiapkan di bawah Fasa 1 tahun lepas. Selain itu, sebanyak 171,554 premis di Sabah juga telah disediakan sambungan gentian optik untuk perkhidmatan jalur lebar tetap manakala baki 79,611 premis daripada 251,165 masih dalam proses pelaksanaan seperti yang dirancang.

    4,096 pemancar juga telah dinaik taraf kepada 4G manakala 27 lagi daripada 4,123 sedang berjalan. KKD juga telah membina 159 menara baharu dan sedang dalam proses menyiapkan baki 455 menara daripada 614 menara yang dirancang. Fahmi menjelaskan bahawa inisiatif yang kini dalam peringkat pelaksanaan dijangka siap pada suku keempat 2023.

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah melaksanakan pengukuran kualiti di lapangan berdasarkan aduan serta audit berkala yang dirancang untuk seluruh negara. Beliau berkata audit kualiti perkhidmatan akan diteruskan pada 2023 dengan sasaran meliputi 4,000 lokasi di seluruh negara termasuk 225 lokasi di Sabah.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...