More

    Liputan 5G di Malaysia kini cecah 82% kawasan berpenduduk, liputan 4G cecah 97%

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil melaporkan bahawa penggunaan rangkaian 5G di seluruh negara telah mencecah sekitar 18.19 juta langganan, bersamaan 53.35 peratus daripada keseluruhan populasi negara, setakat suku keempat 2024. Beliau berkata ini adalah pencapaian terbaik dalam tempoh singkat dan merupakan langkah besar dalam pembangunan infrastruktur telekomunikasi.

    Selain itu, liputan 5G di kawasan berpenduduk seluruh negara telah mencapai 82.4 peratus dalam tempoh yang sama. Digital Nasional Berhad (DNB) telah membina 7,485 tapak pemancar 5G yang menyediakan 92.4 peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk seluruh negara.

    Pada masa yang sama, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching melaporkan bahawa purata liputan 4G di seluruh negara telah melebihi 97 peratus, namun peratusan liputan oleh setiap syarikat telekomunikasi adalah berbeza.

    Sebagai contoh, Celcom menyediakan liputan sebanyak 94 peratus, Digi pada 95 peratus, Maxis pada 98 peratus, U Mobile pada 82 peratus dan TM pada 80 peratus. Bagi meluaskan liputan 4G oleh setiap syarikat telekomunikasi, Kementerian Komunikasi galakkan mereka untuk gunakan teknologi Rangkaian Teras Pelbagai Pengendali (MOCN) untuk kongsi infrastruktur.

    MOCN ialah teknologi pemancar yang membolehkan semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi berkongsi satu set peralatan untuk memberikan perkhidmatan 4G.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA, BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured