More

    MacBook Pro dengan cip M4, M4 Pro dan M4 Max dilancar di Malaysia, bermula RM6,999

    Selepas menawarkan iPad Pro sahaja dengan cip M4, akhirnya Apple memperkenalkan komputer riba MacBook Pro yang dilengkapi cip tersebut. Syarikat itu bukan sekadar menawarkan MacBook Pro dengan cip M4, malah dengan varian baharu iaitu M4 Pro dan M4 Max.

    M4 Max

    Cip M4 Max mempunyai CPU 16 teras yang terdiri daripada 12 teras prestasi dan empat teras kecekapan, menjadikannya 2.2 kali ganda lebih pantas berbanding cip M1 Max. GPU pula mempunyai 40 teras untuk prestasi grafik yang lebih tinggi sebanyak 1.9 kali ganda berbanding M1 Max.

    M4 Max menawarkan unified memory sehingga 128GB dan memory bandwith sehingga 546GB/s, menjadikannya “empat kali ganda lebih pantas berbanding cip AI PC terkini” (Apple tidak menamakan cip AI PC yang dimaksudkan). Ia turut menyokong sambungan Thunderbolt 5 dengan kadar pemindahan data sehingga 120Gb/s.

    M4 Pro

    Sementara itu, M4 Pro mempunyai CPU 14 teras yang terdiri daripada 10 teras prestasi dan empat teras kecekapan, menjadikannya 1.9 kali ganda lebih pantas berbanding cip M1 Pro. GPU pula mempunyai 20 teras untuk prestasi grafik yang lebih tinggi sebanyak 2 kali ganda berbanding M4 standard.

    M4 Max turut menawarkan unified memory sehingga 64GB dan memory bandwith sehingga 273GB/s yang lebih pantas sebanyak 75% berbanding M3 Pro. Seperti M4 Max, ia turut menyokong sambungan Thunderbolt 5 dengan kadar pemindahan data sehingga 120Gb/s.

    MacBook Pro dengan cip M4, M4 Pro dan M4 Max

    Cip M4 asas hanya akan ditawarkan dalam MacBook Pro saiz 14 inci (resolusi 3024×1964) sahaja, manakala cip M4 Pro dan M4 Max akan ditawarkan dalam MacBook Pro saiz 14 inci dan 16 inci (resolusi 3456×2234). Skrinnya menggunakan panel ProMotion 120Hz dengan True Tone dan gamut warna P3.

    Daripada segi rekaan, ia kekal daripada MacBook Pro yang dilengkapi cip M3 sebelum ini. Satu pembaharuan yang menarik adalah kamera webcam 12MP Center Stage yang boleh fokus kepada anda sewaktu dalam panggilan video, walaupun jika anda banyak bergerak.

    Komputer ini menggunakan skrin Liquid Retina XDR dengan salutan nano-texture yang boleh membaurkan (diffuse) cahaya terang dan membuatkannya lebih mudah dilihat jika anda menggunakannya dalam situasi cahaya terik. Kecerahannya boleh meningkat sehingga 1,000 nits untuk kandungan SDR atau sehingga 1,600 nits untuk kandungan HDR.

    "
    "

    Selain itu, MacBook Pro yang dilengkapi cip M4 Pro dan M4 Max juga bakal menawarkan port Thunderbolt 5, menjadikannya MacBook Pro pertama yang dilengkapi port tersebut. MacBook Pro M4 pula menerima satu lagi port Thunderbolt 4, meningkatkan jumlah port Thunderbolt keseluruhan kepada tiga.

    Untuk bateri, MacBook Pro 14 inci mempunyai bateri berkapasiti 72.4Wh dengan kadar pengecasan 70W (cip M4) atau 96W (cip M4 Pro dan M4 Max), manakala semua MacBook Pro 16 inci datang dengan bateri 100Wh dan kadar pengecasan pantas 140W. Apple mengatakan MacBook Pro dengan cip M4 asas boleh bertahan sehingga 24 jam, manakala MacBook Pro 16 inci dengan M4 Max boleh bertahan sehingga 18 jam.

    Semua MacBook Pro baharu ini akan menerima fungsi Apple Intelligence. Berikut adalah harga MacBook Pro M4 untuk pasaran Malaysia:

    14 inci

    • Cip M4, unified memory 16GB, SSD 512GB: RM6,999
    • Cip M4, unified memory 16GB, SSD 1TB: RM7,849
    • Cip M4, unified memory 24GB, SSD 1TB: RM8,699
    • Cip M4 Pro, unified memory 24GB, SSD 512GB: RM8,499
    • Cip M4 Pro, unified memory 24GB, SSD 1TB: RM10,499
    • Cip M4 Max, unified memory 36GB, SSD 1TB: RM13,999

    16 inci

    • Cip M4 Pro, unified memory 24GB, SSD 512GB: RM10,999
    • Cip M4 Pro, unified memory 48GB, SSD 512GB: RM12,699
    • Cip M4 Max, unified memory 36GB, SSD 1TB: RM15,299
    • Cip M4 Max, unified memory 48GB, SSD 1TB: RM17,499

    Layari laman web Apple Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai pembeliannya. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan MacBook Pro baharu dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Apple

     

    Artikel Terkini

    Boost SME dilancar: Platform perbankan digital PKS dengan faedah harian 3.0%

    Boost melancarkan Boost SME iaitu sebuah platform perbankan digital sepenuhnya yang menghimpunkan perkhidmatan kewangan, pembayaran dan perbankan dalam satu ekosistem. Langkah ini...

    Samsung jadi pengeluar TV dan monitor rasmi untuk Call of Duty: Modern Warfare 4

    Samsung Electronics mengumumkan kerjasama eksklusif bersama Activision untuk menjadi rakan kelengkapan paparan dan audio rasmi permainan Call of Duty: Modern Warfare 4....

    Kereta EV pertama Ferrari dilelong pada harga $40 juta

    Ferrari Luce yang merupakan kereta elektrik (EV) pertama keluaran Ferrari telah dijual pada harga $40 juta (~RM177 juta) dalam satu acara lelong....

    Sony tamatkan cakera fizikal PS5, harga “game” digital akan lebih murah?

    Sony mengesahkan akan menghentikan pengeluaran cakera fizikal bagi permainan baharu PlayStation bermula Januari 2028. Keputusan ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna bahawa...

    Google kini benarkan pengguna Gemini buang “watermark” pada kandungan AI

    Google mengemaskini platform Gemini dengan memperkenalkan tetapan baharu yang dinamakan Media Watermark. Tetapan ini memberikan pilihan kepada pengguna untuk mengekalkan atau mengalih...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured