More

    Malaysia di tangga ke-3 Internet jalur lebar paling bagus di Asia, tangga ke-4 muat turun paling laju

    Sementara inudstri digital di Malaysia sedang berusaha melaksanakan rangkaian 5G secara komersial, rangkaian 4G juga salah satu agenda yang perlu dinaik taraf jika melihat kepada Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA). Terkini, Speedtest melaporkan bahawa Malaysia berada di tangga ketiga di Asia dalam memiliki Internet jalur lebar yang pantas.

    Menurut agensi digital Speedtest, Malaysia dilihat berada di kedudukan ketiga tertinggi dalam kalangan negara Asia yang lain untuk prestasi kelajuan jalur lebar dengan min kelajuan muat turun 228.68 Mbps, mengatasi Vietnam. Untuk pengerahuan anda, keputusan ini adalah hasil dari ujian rangkaian pada 2019 hingga 2020.

    Dari segi kelajuan muat turun mudah alih, Malaysia berada di kedudukan keempat dalam kalangan negara Asia Tenggara lain. Singapura dilihat memiliki min kelajuan muat turun mudah alih terpantas (68.86), disusuli dengan Thailand (40.54), Vietnam (33.14) dan seterusnya Malaysia (24.53).

    Menurut laporan, terdapat peningkatan pada suku pertama dan kedua tahun 2020 dengan suku ketiga dan keempat tahun 2020. Berkemungkinan, JENDELA adalah salah satu faktor dalam peningkatan kelajuan muat turun mudah alih yang dikesan, contohnya naik taraf 3G kepada LTE.

    Sementara itu, Speedtest turut menunjukkan bahawa kebanyakan pengguna mudah alih di Malaysia menghabiskan 83.3% masa mereka terhadap rangkaian 4G. Tidak pelik kerana Malaysia sememangnya masih membina rangkaian 5G untuk rakyat. Oleh itu, kebanyakan rakyat masih menggunakan 4G.

    Namun, anda juga boleh melihat perbezaan jurang liputan 4G di antara Semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak. Anda boleh membaca laporan penuh oleh Speedtest di pautan ini.

    Adakah anda berpuas hati dengan rangkaian jalur lebar atau kelajuan muat turun mudah alih anda? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Speedtest

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured