More

    Malaysia jadi pasaran pertama dunia terima siri HONOR 600

    HONOR hari ini memperkenalkan pandang pertama bagi siri HONOR 600 iaitu barisan peranti mercu terbaharu mereka. Malaysia dipilih sebagai pasaran pertama dunia untuk pelancaran siri ini dengan tarikh rasmi dijangka diumum dalam masa terdekat. Daripada segi spesifikasi utama, siri HONOR 600 dilengkapi kamera utama 200MP yang menyokong rakaman imej beresolusi tinggi.

    Sistem telefoto turut dinaik taraf dengan keupayaan sehingga 120x zoom bagi tangkapan jarak jauh. Peranti juga menggunakan teknologi penstabilan imej dengan penarafan CIPA 6.5 yang merupakan antara tahap tertinggi dalam industri ketika ini. Ia bertujuan mengurangkan kesan gegaran dan meningkatkan ketajaman imej terutamanya dalam keadaan pencahayaan rendah atau penggunaan zoom tinggi.

    Turut disertakan ialah AI Color Engine untuk pemprosesan warna yang lebih tepat. Untuk reka bentuk, HONOR memperkenalkan kemasan Golden White bersama binaan menggunakan teknik cold carving selari dengan penjenamaan semula siri ini ke dalam segmen mercu. Dalam perkembangan berkaitan, HONOR memaklumkan bahawa siri sebelumnya mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 333% di Asia Tenggara sepanjang 2025 berdasarkan laporan Counterpoint.

    Di Malaysia, HONOR merupakan jenama Android nombor satu didorong oleh prestasi dalam kategori peranti premium mampu milik. Maklumat lanjut termasuk varian penuh dan harga dijangka diumum semasa pelancaran rasmi yang akan datang. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured