More

    Malaysia rekodkan 17.5 juta pengguna 5G, liputan rangkaian kini melebihi 82%

    Menteri Komunikasi Digital, Gobind Singh Deo, hari ini mengumumkan bahawa jumlah pengguna rangkaian 5G di Malaysia telah mencecah 17.5 juta dan meliputi lebih 82% kawasan berpenduduk di seluruh negara. Menurut beliau, Kementeriannya melalui Digital Nasional Berhad (DNB) telah menyediakan infrastruktur 5G dan akan terus memperluaskannya.

    Bercakap kepada media selepas merasmikan program Connected Industries Day: Transforming Manufacturing with 5G and Artificial Intelligence (AI) di Johor Bahru, Johor, Gobind menyatakan bahawa angka tinggi pengguna menunjukkan minat yang kukuh terhadap teknologi ini.

    Beliau turut menegaskan bahawa Kementerian Komunikasi Digital komited untuk memastikan semua infrastruktur adalah selamat terutamanya dari segi keselamatan siber dan penggunaan data. Menyentuh isu pusat data, Gobind menegaskan bahawa kerajaan tidak menetapkan sebarang had terhadap pembinaan pusat data di Johor.

    Namun, setiap pelaburan akan dinilai berdasarkan kesesuaian sebelum diluluskan. Gobind juga menambah bahawa masa depan pusat data di Malaysia akan menumpukan kepada pusat data berkuasa AI untuk meningkatkan keberkesanan dan daya saing negara dalam era digital.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured