More

    MediaTek Dimensity 9300 dilancar: Cipset untuk telefon Android “flagship” 2024, prestasi lebih pantas sebanyak 40%

    MediaTek telah melancarkan cipset terbaru untuk telefon pintar Android kategori andalan (flagship) yang akan dilancar pada hujung tahun ini dan 2024 iaitu MediaTek Dimensity 9300. Cipset ini bakal bersaing dengan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 sebagai cipset yang setaraf untuk telefon andalan Android pada tahun hadapan.

    Dimensity 9300 dibina dengan nod proses 4nm+ generasi ketiga oleh Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) dan mempunyai lapan teras, terdiri daripada satu teras utama Cortex-X4 3.25GHz, tiga teras prestasi Cortex-X4 2.85GHz dan empat teras kecekapan Cortex-A720 2.0GHz.

    MediaTek mengatakan Dimensity 9300 menawarkan peningkatan prestasi sebanyak 40 peratus jika dibandingkan dengan Dimensity 9200, sambil menggunakan tenaga lebih rendah sebanyak 33 peratus.

    Unit pemproses grafiknya (GPU) pula adalah Immortalis-G720 MC13 GPU 12 teras yang menawarkan prestasi ray-tracing yang lebih pantas sebanyak 46 peratus daripada Dimensity 9200, sambil menggunakan tenaga lebih rendah sebanyak 40 peratus. Ia turut mempunyai MediaTek HyperEngine Adaptive Gaming Technology yang meningkatkan kecekapan tenaga sebanyak 15 peratus untuk pelbagai game popular.

    Untuk memori, Dimensity 9300 menawarkan RAM LPDDR5T dengan kelajuan sehingga 9,600Mbps, menjadikannya memori terpantas dalam telefon pintar. Storannya pula adalah UFS 4.0 dengan sokongan Multi-Circular Queue (MCQ) yang membenarkan setiap teras CPU untuk menangani data serentak bagi meningkatkan prestasi multi-teras.

    Cipset ini turut menyokong skrin dengan resolusi sehingga WQHD atau 4K dengan kadar segar semula 120Hz, dwi-skrin untuk telefon lipat dan fungsi Google Ultra HDR.

    Prestasi kecerdasan buatan (AI) pula ditingkatkan sehingga lapan kali ganda untuk AI generatif berdasarkan transformer, dengan kecekapan tenaga yang lebih tinggi sebanyak 45 peratus.

    Sewaktu mengambil gambar dan merakam video, Dimensity 9300 menggunakan cip pemprosesan imej Imagiq 990 ISP yang mempunyai HDR sentiasa hidup (always-on HDR), modul penstabilan imej standalone dan rakaman sehingga 8K 30fps dengan efek kabur bokeh yang dihasilkan dalam masa nyata. Ia juga boleh dihubungkan dengan tiga mikrofon yang boleh memadamkan bunyi angin dan persekitaran, sesuai untuk mereka yang suka merakam vlog.

    "
    "

    Untuk hubungan, ia mempunyai modem R16 5G yang menyokong rangkaian 4CC-CA Sub-6GHz dengan kecekapan tenaga yang lebih tinggi sebanyak 10 peratus, serta rangkaian Wi-Fi 7 sehingga 6.5Gbps dan Blutooth dengan kependaman serendah <35 milisaat.

    Telefon pertama yang akan menggunakan cipset Dimensity 9300 ialah siri vivo X100 yang akan dilancar pada 13 November 2023. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MediaTek

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured