fbpx
More

    Meta uji ciri Sembang Komuniti untuk Kumpulan Facebook dalam Messenger

    Hari ini, Mark Zuckerberg mengumumkan bahawa Meta mula menguji Sembang Komuniti untuk Kumpulan Facebook di dalam Messenger dan ianya pasti kedengaran agak mengelirukan. Jadi mari kita lihat apa yang dibangunkan oleh Meta pada ciri ini. Mungkin paling mudah untuk menganggap Sembang Komuniti adalah sama seperti Discord.

    Ini akan tersedia untuk Kumpulan Facebook dan anda akan dapat menyertai serta mengambil bahagian daripada Facebook Messenger. Sembang Komuniti membolehkan orang ramai berhubung dengan komuniti mengenai topik yang mereka minati di Facebook dan Messenger melalui teks, audio dan video.

    Ciri ini menggabungkan Messenger dan Kumpulan Facebook dengan pentadbir kini boleh memulakan perbualan tentang topik dan mendapatkan respon terus. Pembangun ciri Sembang Komuniti boleh menyusunnya ke dalam kategori. Jadi, ahli kumpulan dapat dengan mudah mencari perkara yang paling menarik bagi mereka.

    Pentadbir boleh memulakan sembang untuk ahli kumpulan mengenai topik tertentu seperti perbincangan untuk pertemuan, lihat kemas kini seluruh kumpulan dan sembang pentadbir sahaja untuk bekerjasama dengan orang lain seperti moderator. Anda juga boleh membuat saluran audio dan peserta boleh pilih untuk mendayakan video sebaik sahaja mereka berada dalam saluran audio.

    Seperti yang diketahui, Sembang Komuniti hanya boleh diakses oleh ahli kumpulan. Beri pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Facebook

     

    Artikel Terkini

    vivo Y100 5G dalam warna oren akan dilancar untuk pasaran Malaysia

    vivo Malaysia telah memperkenalkan telefon pintar kelas pertengahan vivo Y100 5G pada bulan Februari lalu yang ditawarkan dalam pilihan warna ungu dan...

    PROTON ingin anda teka nama EV pertama mereka untuk peluang menangi RM5,000

    Syarikat automotif tempatan PROTON kini sedang menganjurkan satu pertandingan menarik di mana anda boleh teka dan menyahkod nama untuk model kenderaan elektrik...

    Ulike Air10 dilancar di Malaysia: Peranti IPL singkirkan bulu berharga RM1,699

    Ulike memperkenalkan peranti Intense Pulsed Light (IPL) pertama mereka, Ulike Air10 yang dilengkapi dengan fungsi dwi lampu dan mod SHR yang diinspirasikan...

    HONOR Magic6 Pro kini ditawar dalam warna ungu Cloud Purple

    HONOR Malaysia menawarkan pilihan warna baharu untuk telefon pintar andalan HONOR Magic6 Pro iaitu warna ungu Cloud Purple. Telefon ini menampilkan hiasan...

    Kemas kini One UI 6.1 bawa keupayaan Galaxy AI ke lebih banyak peranti Samsung...

    Peminat Samsung di Malaysia kini boleh menikmati ciri Galaxy AI dengan kemas kini One UI 6.1 terkini yang tersedia pada peranti siri...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X