More

    Microsoft perkenal fungsi Copilot dalam Excel, AI kini boleh jana formula dan analisis data

    Microsoft mengumumkan pelancaran fungsi kecerdasan buatan (AI) Copilot dalam Excel yang membolehkan pengguna menggunakan arahan bahasa untuk menjana, menganalisis dan mengklasifikasi data tanpa memerlukan skrip tambahan atau add-in.

    Copilot turut berintegrasi dengan fungsi sedia ada Excel seperti IF, SWITCH dan LAMBDA yang menjadikan proses analisis lebih fleksibel dan pantas. Selain itu, hasil yang dijana akan dikemas kini secara automatik apabila terdapat perubahan pada data sekali gus memberikan ketepatan masa nyata.

    Ia juga menyokong pelbagai kegunaan termasuk meringkaskan teks, mengelaskan maklumat, menghasilkan senarai dan menyediakan cadangan berdasarkan set data yang dimasukkan. Buat masa ini, Copilot hanya tersedia kepada pengguna Microsoft 365 Copilot dalam Saluran Beta untuk Excel di Windows dan Mac dengan versi web bakal menyusul tidak lama lagi.

    Walau bagaimanapun, ia mempunyai had penggunaan iaitu 100 arahan setiap 10 minit atau 300 arahan setiap jam. Microsoft menegaskan Copilot tidak mempunyai akses ke sumber data luaran seperti laman web, SharePoint atau Outlook, sebaliknya hanya beroperasi berdasarkan data dalam helaian Excel semasa.

    Dengan penambahan Copilot, Excel bukan sahaja kekal sebagai alat analisis data tetapi kini turut menawarkan keupayaan AI generatif yang lebih mudah diakses oleh pengguna pelbagai peringkat. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Microsoft

     

    Artikel Terkini

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured