More

    Model “die-cast” Xiaomi SU7 dan SU7 Ultra dilancar di Malaysia, bermula RM399

    Buat para peminat jenama Xiaomi yang ingin memiliki kenderaan elektrik Xiaomi SU7 atau Xiaomi SU7 Ultra namun tidak kesampaian kerana ketiadaan wang atau ketiadaannya untuk pasaran Malaysia, mungkin anda boleh ubatkan hati dengan memiliki model miniatur besi (die-cast).

    Sewaktu melancarkan siri telefon pintar Xiaomi 15T pada minggu lalu, Xiaomi Malaysia turut memperkenalkan model die-cast untuk kedua-dua kereta tersebut. Xiaomi SU7 ditawarkan dalam warna biru Aqua Blue dan Lava Orange manakala Xiaomi SU7 Ultra ditawarkan dalam warna kuning Lighting Yellow sahaja.

    Selain menampilkan rekaan kereta itu dalam skala 1:18, ia turut mempunyai pintu, hud dan bonet yang boleh dibuka. Xiaomi telah mencuba sehabis baik untuk menghasilkan segala butiran SU7 dalam model die-cast ini, termasuklah aksesori luaran seperti rim tayar dan semua lampu serta bahagian dalamannya seperti kerusi dan roda stereng.

    Model die-cast untuk Xiaomi SU7 akan dijual pada harga pasaran RM499. Jika anda belinya dengan awal, anda boleh dapatkan harga promosi RM399.

    Untuk Xiaomi SU7 Ultra pula, ia akan dijual pada harga pasaran RM599. Jika anda belinya dengan awal, anda boleh dapatkan harga promosi RM499.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan model kereta ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...