More

    Model iPhone 15 sokong USB-C ke Ethernet untuk kelajuan internet yang lebih pantas

    Berikutan pelancaran siri iPhone 15, beberapa pengguna telah melaporkan bahawa barisan peranti tersebut menyokong port USB-C ke Ethernet yang membolehkan sambungan internet berwayar dengan kelajuan muat turun lebih pantas daripada Wi-Fi.

    Apple mengesahkan maklumat ini dalam dokumen sokongan dengan port USB-C ke Ethernet disenaraikan sebagai serasi dengan model iPhone 15. Apabila iPhone disambungkan ke kabel Ethernet, menu Ethernet yang tersembunyi muncul dalam aplikasi Tetapan dengan maklumat berkaitan IP dan pelbagai pilihan konfigurasi.

    Salah satu pengguna melaporkan bahawa iPhone 15 Pro mereka yang disambungkan ke Ethernet mencapai kelajuan muat turun puncak melebihi 800 Mbps dalam ujian kelajuan. Walaupun ini adalah salah satu daripada pelbagai cara pintar port USB-C pada model iPhone 15 boleh digunakan, perlu diketahui bahawa iPhone sebelumnya dengan penyambung Lightning turut menyokong Ethernet dengan port-nya. 

    Namun begitu, bagi kami maklumat ini adalah sebagai salah satu petua yang berguna kerana ia mendapat perhatian. Beritahu kami di Facebook pendapat anda tentang ciri ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MacRumors

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured