More

    Motorola Edge 40 dilancar: Dimensity 8020, skrin 6.55″ 144Hz dan cas pantas 68W berharga ~RM2,966

    Selepas sebulan mengumumkan Edge 40 Pro, Motorola memperkenalkan varian bukan Pro yang harganya lebih berpatutan yang dipanggil Motorola Edge 40. Seperti yang dijangkakan, Edge 40 menampilkan spesifikasi yang diturunkan sedikit pada keseluruhannya berbanding dengan Pro.

    Skrin OLED 1080p lebih kecil sedikit pada 6.55 inci berbanding 6.67 inci dan ia juga mendapat kadar penyegaran 144Hz yang lebih rendah berbanding 165Hz pada varian Pro. Edge 40 juga dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 8020 dan bukannya Snapdragon 8 Gen 2 serta bateri 4,400mAh dengan sokongan pengecasan pantas 68W.

    Edge 40 menawarkan sehingga 12 jam hayat bateri daripada 10 minit pengecasan. Selain itu, ia mempunyai kamera utama 50MP dengan penstabilan imej optikal, ultra lebar 13MP dengan mod makro dan medan pandangan 120 darjah serta kamera swafoto 32MP. Terdapat juga penarafan IP68, pengecasan wayarles sehingga 15W dan pembesar suara dwi stereo.

    Warna yang tersedia termasuk biru, dan hijau atau hitam. Motorola Edge 40 hadir dengan tanda harga £529 (~RM2,966) dan ketersediaannya di pasaran tempatan bakal diumumkan kelak. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat Motorola Edge 40 ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured