More

    Motorola Moto G53 dilancar: Skrin LCD 120Hz 6.5″, kamera 50MP dan bateri 5,00mAh bermula ~RM571

    Hari ini, Motorola melancarkan dua peranti baharu iaitu Moto X40 dan Moto G53. Di bawah merupakan butiran yang anda perlu tahu bagi telefon pintar Moto G53.

    Bermula dengan skrin, ia menggunakan skrin LCD 120Hz 6.5 inci dengan resolusi HD+. Di bahagian belakang membawa dwi-kamera yang terdiri daripada sensor 50MP dengan piksel asli 0.64µm (1.3µm selepas binning) dan sensor makro 2MP manakala di bahagian hadapan menempatkan kamera swafoto 8MP.

    Ia membawa kapasiti bateri 5,000mAh dengan kelajuan pengecasan 18W. Pembeli juga akan mendapat pengecas 10W yang disertakan dalam kotak. Spesifikasi lain termasuk slot kad microSD, bicu fon kepala 3.5mm serta disediakan dalam warna hitam dan putih. Ia mempunyai dua varian RAM iaitu 4GB dan 8GB dengan storan 128GB. 

    Motorola Moto G53 kini dalam pra-tempah di China pada harga hanya CNY 900 (~RM571) untuk varian 4/128GB dan CNY 1,100(~RM698) untuk varian 8/128GB. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...