More

    Motorola Razr 5G mula dijual di Malaysia: Snapdragon 765G, skrin lipat OLED 6.2 inci berharga RM5,999

    Telefon pintar boleh lipat Motorola Razr 5G telah dilancar untuk pasaran antarabangsa pada September 2020 dan kini akhirnya ia boleh dibeli dalam pasaran Malaysia dengan harga bermula RM5,999.

    Motorola Razr 5G menampilkan dua skrin iaitu skrin utama berukuran 6.2 inci yang boleh dilipat dan skrin luaran berukuran 2.7 inci yang berada di bahagian luar. Apabila telefon ini dilipat, ia menampilkan rekaan mirip Motorola Razr asal yang sangat popular pada awal 2000-an.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Motorola Razr 5G:

    • Skrin utama OLED 6.2 inci
    • Skrin luaran OLED 2.7 inci
    • Cipset Snapdragon 765G
    • RAM 8GB
    • Storan 256GB
    • Kamera utama 48MP, kamera hadapan 20MP
    • Rakaman video sehingga 4K 30fps dengan penstabilan imej optikal (OIS)
    • Bateri 2,800mAh
    • Pengecasan pantas 15W
    • Pengimbas cap jari di belakang
    • Sistem operasi Android 10

    Adakah anda berminat untuk menjadi pemilik Motorola Razr 5G? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured