More

    MWC 2022: Siri realme GT2 dilancar, miliki SD 8 Gen 1, AMOLED LTPO 2.0 6.7″ 120Hz, 3 kamera

    realme GT2 Pro dan GT2 telah dilancarkan dan ia akan mula terjual mulai 15 Mac. Bagi mengurangkan pelebasan karbon, siri GT2 menggunakan bahan polimer berasaskan bio untuk keseluruhan panel belakang.

    Menurut realme, berbanding dengan bahan berasaskan petroleum semata-mata, biopolimer ini menghasilkan sekitar 2kg sahaja pelepasan karbon untuk setiap kilogram yang dibuat. Pembungkusannya juga boleh dikitar semula dan penggunaan plastik dikurangkan daripada 21.7% kepada hanya 0.3%.

    GT2 Pro dilengkapi Snapdragon 8 Gen 1 4nm, pilihan RAM 8GB atau 12GB dan pilihan storan UFS 3.1 128GB atau 256GB. realme mendakwa peranti ini mempunyai papan pelesapan haba terbesar dalam industri telefon pintar iaitu berukuran 36,761mm2 dan mampu mengurangkan 3°C apabila cipset tersebut beroperasi pada tahap maksimum.

    realme GT2 Pro mempunyai kamera utama 50MP f/1.8 yang menggunakan sensor Sony IMX766 1/1.56 inci dengan PDAF dan OIS omni-directional. Selain tu terdapat dua lagi kamera yang menempatkan sensor ultralebar 50MP 150 darjah pertama di dunia dan kamera mikroskop 3MP dengan 40x zum.

    Bahagian hadapannya terletak kamera swafoto 32MP. Paparan realme GT2 Pro menggunakan panel Samsung E4 AMOLED LTPO 2.0 bersaiz 6.7 inci dan resolusi 1440x3216px. Paparan HDR10+ 1–bit menyokong sehingga 1.07b warna dan boleh meningkatkan kecerahan sehingga 1400 nit.

    Penyegaran semula paparannya boleh diselaraskan daripada 1Hz sehingga 120Hz. realme GT2 Pro mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan 65W. realme berkata pengecasan daripada 0% kepada 100% mengambil masa hanya 33 minit.

    realme GT2 pula menggunakan cipset Snapdragon 888 dan paparan AMOLED 1080p bersaiz 6.62 inci dengan kadar penyegaran semula maksimum 120Hz. Ia mengekalkan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 65W serta kamera utama dengan sensor IMX766 tetapi tidak mempunyai kamera ultralebar dan mikroskop.

    realme GT2 Pro dan GT2 menggunakan antara muka realme UI 3.0 dengan jaminan kemas kini OS selama 3 tahun dan kemas kini keselamatan Android selama 4 tahun. realme GT2 Pro dijual mulai 8 Mac pada harga istimewa awal penjualannya iaitu €649 (~RM3,050) untuk model 8+128GB dan €749 (~RM3,520) untuk model 12+256GB.

    "
    "

    realme GT2 dijual pada 15 Mac dengan harga istimewa awal penjualannya iaitu €449 (~RM2,112) untuk 8+128GB dan €599(~RM2,820) untuk model 12+256GB. Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured