More

    Nak cuba Samsung Galaxy S25? Jom datang ke Galaxy Land di The Exchange TRX!

    Samsung Malaysia sekarang sedang menganjurkan jerayawara khas Galaxy Land di mana anda boleh cuba sendiri pelbagai fungsi canggih yang ditawarkan dalam siri telefon pintar Samsung Galaxy S25. Ia akan berlangsung dalam pusat beli-belah The Exchange TRX di Kuala Lumpur sehingga 2 Mac 2025, dan boleh dilawati pada jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam.

    Dalam jerayawara ini, anda boleh cuba pelbagai fungsi canggih yang ditawarkan oleh Galaxy AI seperti Audio Eraser untuk menjelaskan suara anda dalam rakaman video, Best Face untuk bantu anda ambil gambar, Circle to Search with Google untuk mencari maklumat tentang sebarang imej yang dipaparkan pada skrin Galaxy S25, dan banyak lagi.

    Suasana Galaxy Land di The Exchange TRX
    Persembahan muzik oleh Uriah dan ramai lagi

    Semalam, Samsung merasmikan Galaxy Land dengan persembahan oleh artis-artis ternama seperti Dolla, Uriah dan The Dukes, serta penampilan ramai pempengaruh yang popular.

    Siri Samsung Galaxy S25 terdiri daripada Galaxy S25, Galaxy S25+ dan Galaxy S25 Ultra. Untuk maklumat lanjut mengenai setiap varian ini, jangan lupa untuk baca liputan kami mengenainya.

    Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai pembelian siri telefon ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured