More

    Nikon nafikan berita tentang mereka mungkin hentikan jualan kamera SLR

    Memandangkan industri telefon pintar semakin melonjak, kamera DSLR/ SLR semakin ketinggalan. Walaupun begitu, terdapat khabar angin mengenai Nikon menggugurkan pengeluaran kamera SLR supaya syarikat itu boleh memberi tumpuan kepada model tanpa cermin (mirrorless). Namun, syarikat Nikon segera menafikan hal itu.

    Di halaman berita rasmi Nikon, syarikat itu mengumumkan bahawa artikel yang memulakan khabar angin tersebut adalah sekadar spekulasi dan tidak ada pengumuman rasmi mengenai kamera SLR syarikat. Selain itu, Nikon juga berkata bahawa mereka masih meneruskan pengeluaran, jualan dan perkhidmatan SLR digital.

    Kami masih tertanya-tanya sebab khabar angin tersebut dimulakan. Tidak dilupakan, Nikon telah menghentikan DSLR D3500 dan D5600 untuk lebih fokus pada kamera dan kanta pertengahan hingga kanta jenis premium/ eksklusif. Di samping itu, kamera telefon pintar menjadi pilihan yang orang ramai berbanding kamera SLR mungkin kerana ia lebih ringan dan mudah di bawa. 

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Nikon

     

    Artikel Terkini

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    EU KIDS Act diperkenal untuk lindungi kanak-kanak bawah 15 tahun

    Suruhanjaya Eropah telah mengumumkan cadangan rasmi bagi rang undang-undang EU KIDS Act yang bertujuan mempertingkatkan keselamatan kanak-kanak dalam talian di seluruh Kesatuan...

    Penuntut Monash menang James Dyson Award 2026 Malaysia menerusi peranti ZeMor

    Pelajar tahun akhir kejuruteraan dari Monash University Malaysia, Hayley Nea Iaduray, diumumkan sebagai Pemenang Kebangsaan James Dyson Award 2026 menerusi ciptaan peranti...

    Samsung Galaxy A08 dilancar dengan bateri 6,000mAh dan kemas kemas kini OS 6 tahun

    Samsung melancarkan telefon pintar kelas asas baharu iaitu Samsung Galaxy A08 secara senyap untuk pasaran global. Peranti ini memfokuskan kepada ketahanan penggunaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...