More

    Nintendo Switch 2 kini konsol paling laris sepanjang zaman dengan hampir 6 juta unit terjual dalam sebulan

    Nintendo terus mencipta kejayaan besar menerusi konsol generasi baharu dengan Nintendo Switch 2 yang kini mencatatkan jualan melebihi 5.82 juta unit menjelang akhir bulan Jun, hanya kurang sebulan selepas ia mula dijual secara global. Jumlah ini lebih dua kali ganda berbanding pencapaian Switch generasi pertama yang mencatatkan 2.7 juta unit jualan dalam bulan pertamanya.

    Malah, Nintendo mengesahkan bahawa permintaan Switch 2 masih mengatasi bekalan di banyak negara dan memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami pembeli. Pihak syarikat juga telah berjanji untuk meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi permintaan global. Dengan angka jualan tersebut, Switch 2 kini diiktiraf sebagai konsol permainan paling pantas terjual dalam sejarah.

    Kejayaan ini turut menyumbang kepada peningkatan ketara dalam prestasi kewangan Nintendo. Syarikat mencatatkan lonjakan hasil suku kedua (April–Jun) sebanyak 132% yang meningkat kepada $3.8 bilion berbanding hanya $1.6 bilion dalam tempoh sama tahun lalu. Nintendo turut menjangkakan jualan Switch 2 akan mencecah 15 juta unit menjelang akhir Mac 2026.

    Bagaimanapun, Nintendo perlu berdepan cabaran baharu kerana pentadbiran Trump yang baru-baru ini mengumumkan kenaikan tarif import kepada 20% terhadap produk dari Vietnam iaitu negara di mana Switch 2 dihasilkan berbanding kadar sebelumnya sebanyak 10%. Kesannya terhadap jualan masa depan masih belum dapat dipastikan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Nintendo

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured